19
Wed, Jun
14 Artikel Baru

Cadangan tak lojik: PAS harap PM tegas

Ustaz Tuan Ibrahim pada pertemuan dengan pengurusan HUSM.

Berita
Typography

KOTA BHARU: PAS menyifatkan luahan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai DAP memperlihatkan kedudukan sebenar kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang.

Timbalan Presidennya Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, peranan besar parti itu dalam pentadbiran kerajaan dirasai sendiri perdana menteri (PM).

Kata beliau walau pun Dr Mahathir menyebut secara sinis peranan DAP namun ia memperlihatkan kedudukan sebenar kerajaan sekarang.

“Keresahan serta kebimbangan rakyat antara berpunca ada parti kompenan PH mahu kerajaan memberi pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), meratifikasi ICERD dan mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.

"Oleh itu kita harap Tun sebagaimana ketegasannya terus komited menolak cadangan DAP yang dilihat tidak masuk akal," katanya ketika temui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap pengurusan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri hari ini cuba membetulkan laporan akhbar mengenai ucapan Dr Mahathir ketika merasmikan pejabat Bersatu di Terengganu.

Laporan sebuah akhbar semalam menyebut ‘DAP tentukan siapa pemimpin dan siapa akan pegang jawatan selepas berjaya mengambil alih kerajaan semuanya datang daripada DAP’.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri pula menyebut ‘tapi saya nak bagi tahu yang cadang saya jadi pengerusi dan saya jadi bakal perdana menteri kalau menang adalah DAP’. - HARAKAHDAILY 9/1/2019