23
Fri, Aug
24 Artikel Baru

Street Da'wah Pemuda PAS santuni masyarakat setempat

Berita
Typography

PERMATANG PAUH: Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh telah mengadakan Street Da'wah 3.0 di sekitar kampung berhampiran Taman Haji Amin, di sini semalam.

Usaha dakwah dipimpin Lajnah Dakwah itu dijayakan dengan kerjasama Pemuda PAS Cawangan Tok Kandu dan Pemuda Masjid Batu bagi menemui penduduk sekitar.

Ia bertujuan mengeratkan silaturahim sesama Muslim dengan saling bersalam, bertukar senyuman dan bertanya khabar dengan penduduk pelbagai latar belakang dan usia itu.

Program secara kunjungan ziarah dari rumah ke rumah itu juga mengajak penduduk untuk mengimarahkan masjid dan mengedarkan jadual kuliah Maghrib bulanan.

Istimewanya juga, kumpulan diterajui Ketua Lajnah Dakwah Pemuda PAS Permatang Pauh, Mohd Ammar Abdullah itu mendekati mesra penduduk yang ditemui dengan memberikan kuih tart keju.

Antara yang turut menjayakan Street Da'wah kali ini ialah dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Tok Kandu, Mohamad Haiki Mohd Bekri dan Exco Pemuda Masjid Batu, Mohd Aswad Md Desa. - HARAKAHDAILY 7/1/2019  

IMG 20190107 WA0012 

IMG 20190107 WA0013

IMG 20190107 WA0015