22
Mon, Jul
31 Artikel Baru

Beri peluang Mahathir habis sepenggal

Berita
Typography

KOTA BHARU: Tun Dr Mahathir Mohamad wajar diberi peluang mengekalkan jawatan Perdana Menteri dalam tempoh sekurang-kurangnya sepenggal.

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, amat wajar beliau menghabiskan jawatan berkenaan dalam tempoh sepenggal.

“Lagi pun kerajaan Pakatan Harapan (PH) menang ikut cara demokrasi dan pemilihan Perdana Menteri pun sama.

“Jika Tun hanya menjadi Perdana Menteri dua tahun, apa yang sempat Tun laksanakan. Pandangan ini bukan bererti PAS menyokong Dr Mahathir atau sebaliknya,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim hari ini.

Semalam Ketua Sekretariat PH Dato’ Saifuddin Abdullah dilapor berkata, gabungan parti politik itu tidak pernah membincangkan dan menetap tempoh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Malah Timbalan Presiden PKR Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mendoakan negara kekal aman di bawah kepemimpinan Dr Mahathir. - HARAKAHDAILY 2/1/2019