26
Wed, Jun
24 Artikel Baru

Permohonan belajar di SMUDA lebihi sasaran

Ustaz Nik Hamdi menyampaikan taklimat kepada pelajar Mada.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Anuar (SMUDA) di Pulau Melaka menerima seramai 130 pelajar baharu memulakan sesi persekolahan di tingkatan satu hari ini.

Pengetuanya, Ustaz Nik Hamdi Ghani berkata permohonan memasuki tingkatan satu melebihi sasaran awal pihaknya.

Katanya, SMUDA menyediakan empat kelas untuk tingkatan satu seperti ditetapkan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

“Jumlah keseluruhan pelajar melebihi 200 orang di mana tingkatan dua hingga tingkatan lima hanya sekelas,” ujarnya ketika ditemui hari ini.

SMUDA yang sebelum ini pernah ditukar nama kepada Maahad Darul Anuar (MADA) diurus anak arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ustaz Nik Omar dengan mengenakan bayaran.

Disebabkan dikenakan bayaran agak tinggi menyebabkan MADA kurang mendapat sambutan pelajar.

Berikutan itu Keluarga Besar Nikmatillah yang menjadi pemegang amanah sekolah itu memohon diserah semula pengurusan MADA kepada Yik. - HARAKAHDAILY 1/1/2019