18
Fri, Oct
30 Artikel Baru

Dun Perlis tolak ratifikasi ICERD

Berita
Typography

KANGAR: Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis turut menolak cadangan meratifasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Usul itu dibentang Menteri Besar yang juga Aun Bintong Dato’ Seri Azlan Man. Usul tersebut disokong sebulat suara semua wakil rakyat termasuk Pakatan Harapan (PH).

Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli berkata, kerajaan PH sepatutnya menyatakan pendirian dengan tegas berkaitan itu ICERD di Parlimen.

“Walaupun Pejabat Perdana Menteri menyatakan pendirian tidak meratifasikan ICERD, namun ia perlu dipertegaskan di Parlimen.

"Tambahan pula masih ada suara-suara yang masih mendesak supaya diratifikasi termasuk Suhakam.

"Perkara inilah yang meresahkan kami sehingga ratusan ribu hadir pada himpunan aman di Dataran Merdeka Sabtu lepas,” katanya ketika membahas usul tersebut. - HARAKAHDAILY 11/12/2018