26
Fri, Apr
8 Artikel Baru

Heret pesuruhjaya sumpah langgar tatacara ke mahkamah

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-undang perlu memaklumkan di Dewan Rakyat jumlah Pesuruhjaya sumpah yang dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar tatacara kerja dan dianggap satu kes jenayah.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato' Takiyuddin Hassan berkata demikian kerana entiti Pesuruhjaya Sumpah adalah satu lantikan yang cukup penting terutama di dalam proses perundangan termasuk di mahkamah.

Menurut beliau, antara yang lain ia menjadi saksi atau menyaksikan kesahihan sesuatu dokumen atau surat akuan.

"Seringkali mendengar ada Pesuruhjaya Sumpah yang menyaksikan dokumen palsu malahan dokumen tersebut dapat dikesan bila dibawa ke mahkamah,' ujarnya ketika mengajukan soalan kepada Timbalan Menteri Undang-undang, Liew Vui Keong.

Liew Vui Keong berkata, kelayakan seseorang itu dijadikan sebagai Pesuruhjaya Sumpah tertatluk kepada kaedah-kaedah dibawah Pesuruhjaya Sumpah 2018 serta tergolong dalam kalangan warganegara Malaysia serta mempunyai kelayakan seperti Sijil Pelajaran  (SPM).