Burung walet punca hasil kelapa sawit merudum?

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mohon penjelasan daripada pihak kerajaan berhubung dakwaan punca kekurangan hasil kelapa sawit disebabkan oleh ternakan burung walet.

Katanya, isu yang sedang berlaku adalah melibatkan kos harga sawit yang semakin merosot serta masalah buah sawit.

Beliau mencelah ketika sesi Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar menjawab persoalan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung isu meningkatkan harga minyak kelapa sawit serta menggalakkan industri bahan sampingan daripada kelapa sawit.

Datuk Seri Shamsul berkata, setakat ini di pihak Kementerian belum dapat maklumat yang lengkap dan terperinci mengenai burung walet yang menyebabkan punca berlakunya kekurangan hasil sawit.