"Melayu sudah tidak tahan lagi" - UMMAH

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Umat Melayu Islam sudah merasa tidak tahan lagi kerana agama, maruah dan hak bangsa sedang dihina, diambil serta dihapuskan di sana sini.

Suara tersebut diluahkan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahya pada Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD di Dataran Merdeka, di sini petang semalam.

Menurutnya, kehadiran ramai pada himpunan itu membuktikan bahawa orang Melayu pantang dicabar dan diugut dengan mana-mana pihak diingat agar tidak menduga kesabaran yang ada.

Beliau menyatakan kekesalan terhadap cadangan terbaharu untuk menutup Amanah Ikhtiar Rakyat yang banyak membantu peniaga kecil seluruh negara terutama orang Melayu.

Dalam ucapannya itu turut menyentuh pelbagai kerenah telah dilakukan para Menteri Kerajaan PH, termasuk penghinaan dan pengkhianatan mereka terhadap rakyat dan negara.

Dengan segala yang terjadi gesanya, Perdana Menteri perlu menukar Menteri terbabit yang telah memecahkan perpaduan dan menyebabkan rakyat pening. - HARAKAHDAILY 9/12/2018