Terima padah macam Komunis jika usik agama

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Penjajah Inggeris tahu hati budi orang Melayu menyebabkan mereka dapat memerintah lama berbanding Komunis yang sempat bertahan hanya 12 hari sahaja.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, kerana itu Inggeris tidak menyentuh urusan agama yang diserahkan kepada Raja-raja, sebaliknya mengambil urusan ekonomi dan khazanah bumi.

Sedangkan Komunis ujarnya, tidak pandai menjaga hati orang Melayu apabila bertindak membakar surau dan masjid, selain membuat bermacam penganiayaan.

Beliau menyifatkan signal awal seumpama sedang ditunjukkan rakyat kepada PH berdasarkan kehadiran pada Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD di Dataran Merdeka, petang tadi.

Bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mengingatkan bahawa isu ICERD adalah soal masa depan generasi anak cucu yang jika dibiarkan bererti mengkhianati amanah mereka. - HARAKAHDAILY 8/12/2018