Kuman ICERD merebak setelah badan lemah

Berita
Typography

JOHOR BAHRU: Muslimat PAS Johor turut mengerahkan petugas menyertai himpunan membantah ICERD di Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Ketuanya Ustazah Atiah Ahmad berkata, muslimat di negeri itu menyatakan pendirian membantah ICERD dengan menyertai himpunan aman di Kuala Lumpur.

Katanya, selagi tidak ada kenyataan rasmi daripada pimpinan tertinggi negara berkaitan menolak ICERD, selagi itulah ia menjadi kebimbangan rakyat dan umat Islam di negara ini.

“Saya amat bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi yang menganggap ICERD umpama kuman yang berada dalam badan manusia.

“Kuman berkenaan diam ketika antibodi tubuh kuat, tetapi akan menyerang kembali apabila daya tahan diri kita menjadi lemah,” katanya ketika ditemui di sini.

Oleh itu kata beliau bagi menyemarakkan himpunan aman tersebut muslimat dan rakyat Johor akan bersama menyertai Himpunan Perdana Rakyat Bantah ICERD. - HARAKAHDAILY 6/12/2018