Ratifikasi konvensyen impian PH sejak PRU

Berita
Typography

KOTA BHARU: Ratifikasi konvensyen antarabangsa merupakan sebahagian agenda kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi merealisasikan apa yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Mantan Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dato' Prof Mahamad Naser Disa berkata, pelaksanaan sebarang konvensyen itu bagi memenuhi aspirasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi menghapuskan segala bentuk perbezaan melalui enam konvensyen antarabangsa.

Katanya, semua konvensyen antarabangsa perlu ditolak dan umat Islam mesti memperkemaskan kedudukan Islam dalam pentadbiran negara serta menolak penularan fahaman sekularisma dan liberalisma.

"Ini merupakan hujah serta pendinding paling mantap bagi memastikan konvensyen tersebut tidak boleh mempengaruhi serta mengambil alih kedaulatan negara kita," katanya pada Forum Bahaya ICERD dan Masa Depan Malaysia di Kelantan Trade Center (KTC) di sini malam tadi.

Forum itu turut membariskan anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketua Pemuda PAS Tumpat, Ustaz Mohd Hushaimi Hussian bertindak sebagai moderator. Forum tersebut dianjurkan Pemuda PAS Kelantan. - HARAKAHDAILY 6/12/2018