Arahan kedua hadir ke Himpunan Bantah ICERD

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan telah mengeluarkan arahan kedua kepada semua peringkat organisasi parti supaya hadir pada Himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 8 Disember ini.

TakiyuddinArahan itu terkandung dalam surat beliau kepada Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri/Wilayah Persekutuan (seluruh Malaysia), Setiausaha Dewan-Dewan Pusat; (DUPP, DPPM, DMPM, DHPP) dan Setiausaha PAS Kawasan (seluruh Malaysia) sebagaimana di bawah

Saudara/i,
Per: ARAHAN / KERAHAN KEHADIRAN [KALI KEDUA] - "HIMPUNAN PERDANA RAKYAT TOLAK ICERD " [08 DISEMBER 2018 @ SABTU @ DATARAN MERDEKA]

Dengan segala hormat takzimnya, surat saya terdahulu berkaitan perkara di atas adalah berkaitan.

2. Sukacita sekali lagi dengan penuh kesedaran dan iltizam, PAS PUSAT mengarah dan mengerah seluruh Ahli-ahli dan Penyokong PAS untuk TURUN ke Program "HIMPUNAN PERDANA RAKYAT TOLAK ICERD" yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut (TIDAK BERUBAH):

Tarikh 08 DISEMBER 2018 (SABTU)
Masa 01.00 tengahari hingga 06.00 Petang
Tempat DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR.

Penganjur Utama
1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) 2. Sekretariat Kedaulatan Negara (DAULAT)

Objektif Himpunan

1. MENSYUKURI PENDIRIAN KERAJAAN MALAYSIA (secara sementara) TANGGUH RATIFIKASI ICERD;
2. MENGGESA Kerajaan TIDAK AKAN RATIFIKASI ICERD dan sebarang Konvensyen yang BERCANGGAH DENGAN SEMANGAT PERLEMBAGAAN NEGARA
3. BANTAHAN BERTERUSAN sebarang RANCANGAN dan CUBAAN RATIFIKASI ICERD (seperti di atas)
4. BANTAHAN BERTERUSAN sebarang ANCAMAN terhadap Agama Islam, Institusi Raja-Raja, Bangsa Melayu serta bumiputra Sabah/Sarawak dan Bahasa Melayu sebagaimana dijamin Perlembagaan [Perkara 153]

Penyertaan Khas

1) Saudara PRESIDEN PAS

2) Saudara PRESIDEN UMNO

3) Sdra2 Pimpinan-pimpinan NGO Utama

4) Sdra2 Pimpinan masyarakat pelbagai kaum

Tempat Berhimpun Sebelum PraHimpunan

1) Masjid Negara

2) Masjid Jamek, Kuala Lumpur

3) SOGO

LAIN-LAIN

BAJU / T-SHIRT PUTEH,

AIR MINUMAN (sendiri)

3. Justeru itu semua Pimpinan dan Ahli-ahli PAS NEGERI/WP, KAWASAN, CAWANGAN DAN DEWAN-DEWAN (Semua Peringkat) diARAH dan diKERAH untuk turun beramai-ramai bagi menghadiri HIMPUNAN tersebut di samping menyeru, mengajak dan membawa SEMAKSIMA MUNGKIN para Penyokong PAS ke Program ini sebagai menzahirkan semangat dan kebersamaan kita dalam isu-isu ini.

4. Sila dengan SEGERA edarkan ARAHAN dan KERAHAN ini ke semua peringkat Parti di bawah Pentadbiran Saudara/i bagi menjayakan HIMPUNAN penting ini. Kerjasama serta tindakan segera pihak Saudara/i amatlah dihargai dan diucapkan jazakumullahu khairan kathiraa.

Wassalam.

“ISLAM MEMIMPIN”

Akhukum fil Islam,

TAKIYUDDIN HAJI HASSAN,
Setiausaha Agung.PAS – HARAKAHDAILY 2/12/2018

icerd