Kelantan bangun ladang solar

Berita
Typography

KOTA BHARU: Agensi kerajaan Kelantan diharap mengambil peluang meneroka peluang penjanaan sumber tenaga baru melalui projek ladang solar.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, ia selaras dengan langkah kerajaan Persekutuan menggalakkan penggunaan tenaga berkenaan.

Menurutnya, kerajaan pusat baru-baru ini memberitahu projek tenaga baru itu dibuat melalui dua dasar baharu yang akan diperkenalkan.

"Projek solar farm bakal beroperasi di tanah-tanah milik kerajaan. Di samping itu kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Teknologi Hijau menubuh Jawatankuasa Pelan Induk untuk tujuan itu," ujarnya ketika merasmikan Karnival Sains dan Teknologi Maklumat di sini hari ini.

Teks ucapannya dibaca Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Insan, Pendidikan Tinggi dan Teknologi Maklumat, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan. - HARAKADAILY 29/11/2018