Menteri PH tolak pakaian tutup aurat

Berita
Typography

KOTA BHARU: Harapan rakyat Malaysia Baharu membawa perubahan sekadar tinggal harapan apabila menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) menolak pakaian menutup aurat ketika bersukan.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi berkata, menutup aurat menjadi kewajipan umat Islam walaupun ketika bersukan.

Katanya, perkara itu tidak boleh disanggah oleh sesiapa pun kerana hukum berkenaan ditetapkan oleh Islam.

"Ramai atlet dari negara Islam lain berjaya dalan bidang sukan walaupun berpakaian menutup aurat," katanya di sini.

Baru-baru ini kerajaan Terengganu mewajibkan atlet dari negeri itu menutup aurat sewaktu menyertai mana-mana kejohanan.

Bagaimanapun Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman melalui akaun facebooknya menolak cadangan tersebut. - HARAKAHDAILY 27/11/2018