Jelajah Prihatin 2.0 santuni warga Ranau

Berita
Typography

RANAU: Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS) telah menyantuni golongan mu'allaf dan pelajar menerusi sumbangan barangan dapur dan peralatan sekolah di Kampung Timbua, di sini kelmarin.

Bersama program Jelajah Prihatin 2.0 itu turut diadakan khidmat kesihatan percuma yang dikelolakan oleh Pertubuhan Amal Perubatan Islam (PAPISMA) dan PAS Kawasan Ranau.

Program tersebut juga mendapat sokongan sekitar 30 sukarelawan dari beberapa kawasan antaranya Kota Kinabalu, Tuaran, Sandakan, Kota Belud, Lahad Datu dan Kunak.

Selain sumbangan bertujuan meringankan beban golongan memerlukan, ziarah dakwah kepada mu'allaf juga bagi memberi sokongan moral dan semangat untuk mereka istiqamah bersama Islam.

Tahun lalu program seumpama telah dilaksanakan di pedalaman Pitas dan kali ini telah dipimpin Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPNS, Nur Izzati Yusof.

Turut serta adalah Yang DiPertua PAS Ranau, Ustaz Ratib Duraman dan Ketua Penyelaras PAS Cawangan Timbua, Ratimin Sahadi. - HARAKAHDAILY 26/11/2018 

IMG 20181126 WA0026IMG 20181126 WA0028IMG 20181126 WA0029IMG 20181126 WA0032IMG 20181126 WA0033IMG 20181126 WA0030IMG 20181126 WA0031IMG 20181126 WA0034