21
Sun, Apr
20 Artikel Baru

Cipta kontroversi selepas gagal tunai janji

Berita
Typography

ROMPIN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berusaha keras menutup kegagalan mereka mengotakan janji Pilihan Raya Umum (PRU) lepas dengan memainkan isu-isu sensitif dan kontroversi.

Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pahang, Ustaz Nazri Ahmad berkata, kerajaan PH tidak jauh berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan pemikiran berteras sekular.

“Cuma bezanya kerajaan PH lebih agresif berbanding BN memainkan sentimen agama dan bangsa yang lebih berbahaya kepada keharmonian kaum.

“Rakyat melihat kerajaan PH lebih jelas memperjuangkan dasar liberal dan antiIslam untuk kepentingan kumpulan minoriti dalam kerajaan,” katanya di sini.

Kerajaan PH mencetuskan cadangan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang kini mendapat tentangan rakyat.

Begitu juga pengedaran kitab bible secara meluas di beberapa tempat di Kedah juga membangkit penentangan rakyat. - HARAKAHDAILY 19/11/2018