Rakyat mahu dengar PH tolak ICERD

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan rakyat mahu mendengar Kerajaan PH menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Katanya, pihak kerajaan tidak perlu membuat pelbagai kenyataan ataupun kajian berhubung ICERD.

"Selama 60 tahun negara kita hidup dengan aman dan menerima perlembagaan negara, serta menerima perjanjian di antara kaum di negara ini.

"Tidak perlu memutar belitkan dan membuat pelbagai kenyataan serta tidak perlu mengatakan perlu kajian terhadap perlaksanaan icerd tetapi rakyat hanya ingin mendengar satu sahaja kerajaan menolak ICERD," katanya yang juga Timbalan Presiden PAS pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau juga menyatakan Menteri Perpaduan tidak layak menjadi menteri kerana telah membuat kenyataan sepertimana yang telah disebut 10 tahun yang lepas. – HARAKAHDAILY 19/11/2018