17
Wed, Jul
47 Artikel Baru

Nuklear: Rizab bahan elektrik masih mencukupi

Berita
Typography

AHLI Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat mempersoalkan usaha kerajaan yang mahu menggunakan tenaga nuklear pada masa akan datang bagi membekalkan tenaga kepada negara.

Sedangkan katanya, negara masih mempunyai rizab bahan elektrik yang mencukupi iaitu lebih daripada standard 20 peratus untuk jangka masa 20 tahun akan datang.

"Dalam keadaan sekarang 20 tahun akan datang tenaga nuklear tidak perlu digunakan kerana Clean Energy daripada Renewable Energy (RE) boleh mengatasinya.

"Pertengahan tahun 2016, RE hanya 449 megawat di Semenanjung Sabah dan Sarawak," soalnya di dalam soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Putatan  Datuk Makin @ Marcus Mojigoh turut mempersoalkan usaha kerajaan itu adakah mendapat maklum balas daripada rakyat berhubung penggunaan tenaga nuklear nanti.

"Masalahnya, adakah kita sudah minta maklum balas daripada rakyat sama ada mereka bersedia atau tidak. Adakah kita sedia ambil tenaga nuklear ini untuk bekalkan tenaga dalam negara kita terutama di Sabah dan Sarawak.

"Kita ada tenaga semula jadi air, angin. Adakah rakyat kita bersedia?" soalnya ketika mengaju soalan tambahan kepada menteri Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili.

Menurut Maximus, pendedahan berkenaan tenaga nuklear sudah bermula dengan mengadaka kerjasama di peringkat sekolah dan universiti melalui Yayasan Hijau.

Di dalam soalan asal, Che Rosli meminta Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air menyatakan keperluan sebenar Tenaga Negara dan adakah Tenaga boleh baharu akan dapat membantu membekalkan tenaga yang diperlukan termasuk Sabah dan Sarawak tanpa mengambil kira Tenaga Nuklear. - HARAKAHDAILY 30/3/2017