26
Fri, Apr
8 Artikel Baru

Ada pemimpin datang Kelantan kutuk PAS

Berita
Typography

“NAK berkawan soal lain dan itu adalah hak mereka, kita tidak boleh nafikan. Tetapi datang Kelantan negeri yang ditadbir PAS, malah bersama pula PAN kemudian mengutuk kerajaan negeri, itu amat tidak wajar,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata tindak tanduk sesetengah pemimpin PKR menyebabkan penyokong PAS di peringkat akar umbi tidak berpuas hati terhadap parti itu.

Menurutnya ketika pemimpin PKR sepentas dengan PAN ada antara mereka mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya terhadap PAS.

“Bukan itu sahaja, sudahlah datang Kelantan, lepas tu mengutuk pula kerajaan negeri.

“Itulah antara punca yang berlaku antara PAS dan PKR sekarang, tetapi ada kalanya baik,” ujarnya ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim petang semalam.

Banyak PAS di peringkat kawasan meminta dikaji balik tahaluf siyasi dengan PKR ekoran tindak tanduk pemimpin parti terbabit kebelakangan ini.

Antaranya PAS Kota Bharu dan Pasir Mas pada mesyuarat agungnya Sabtu lepas membahas usul mengkaji balik hubungan dengan PKR. - HARAKAHDAILY 30/3/2017