Tajdid minda bina perniagaan Pemuda PAS

Berita
Typography
KUALA TERENGGANU: Pemuda PAS perlu memiliki tajdid minda agar mampu berjaya dalam perniagaan, demikian menurut Perwakilan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Mohd Shafiq Ismail.
 
"Pertama sekali, keluar daripada 'comfort zone'. Anda tidak pernah berniaga, apabila nak berniaga, rasa susah. Tidak boleh, kena keluar daripada 'comfort zone' ini. 
 
"Sebab apabila berniaga, anda bukan bercakap dengan komputer atau batu, tetapi dengan manusia. Kedua, letakkan diri anda dalam keadaan tiada pilihan. 
 
"Ramai orang hari ini berniaga sekerat jalan. Sebab apa? Sebab dia ada pilihan. Akhirnya apa pun tak berjaya," ujarnya pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Kali Ke-59 di Duyong Marina & Resort, di sini hari ini.
 
Terangnya, jika meletakkan diri dalam keadaan tiada pilihan, otak akan bekerja mencari jalan untuk mencapai keputusan itu dan bersungguh-sungguh.
 
Ketiga menurutnya, rancang dan laksana, yakni tidak tunggu sempurna, sebaliknya dilengkapkan sepanjang usaha dijalankan, kerana berniaga j
adalah interaksi dengan pelbagai ragam manusia
 
"Ini penyakit. Semakin banyak anda lihat tidak, semakin anda dekat dengan ya (kejayaan). Semakin lama anda pergi dan tak mahu, semakin dekat anda dengan perkataan ya dan mahu. 
 
"Jadi kena letak dalam kepala. Jual produk, jumpa kawan ini tak mahu, tak mahu, tak mahu. Kita pun lemah semangat. Letak dalam kepala, aku dah 10 orang tak mahu, nanti dah makin dekat dengan yang nak beli. Jadi ia akan pergi berterusan. 
 
"Ini adalah tajdid minda. Semua orang boleh berniaga. Ada duit boleh beli produk. Tak ada duit boleh buat pinjaman. Ada duit sikit atau banyak boleh buat modal. Tetapi minda di dalam perniagaan ini amatlah kurang terutamanya kita. 
 
"Jadi cara yang terbaik iaitu maklumkan kepada seberapa ramai yang boleh. Dan jika ada yang membaca, dia rasa dia nak beli, dia akan hubungi kita. Itu hukum purata. Seribu mungkin anda maklumkan, 10 peratus, 100 orang berminat," jelasnya.
 
Pada ucapan itu beliau turut menyentuh mengenai penampilan diri peniaga yang mesti dijaga untuk bertemu pelanggan termasuk juga 'bahasa badan' dan perbicaraan.
 
Beliau juga mengingatkan bahawa pelanggan banyak yang negatif di mana memerlukan peniaga menghadapinya, selain sentiasa senyum serta iklan menarik dan menimbulkan keinginan. -HARAKAHDAILY 14/9/2018