Kerjasama pusat manfaat tanah terbiar

Berita
Typography

PASIR PUTEH: Kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan kerajaan pusat membuat kajian berkaitan tanaman yang sesuai bagi memanfaatkan tanah terbiar di Kampung Gong Manak.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail berkata, kajian dibuat terhadap kesesuaian tanah di situ selain padi dan kelapa sawit.

“Untuk kepentingan rakyat kita bersedia bekerjasama dengan kerajaan pusat. Kita berharap pusat turut membantu keperluan petani di sini,” katanya selepas majlis ramah mesra petani dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Salahuddin Ayub.

Program berkenaan diadakan di Kampung Gong Manok, dekat sini. Hadir sama Pengarah Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak, Nik Hamadi Nik Abdullah.

Salahuddin ketika ditemui berkata, pihaknya akan menunggu laporan IADA berkaitan status tanah di Kampung Gong Manak. - HARAKAHDAILY 4/9/2018