Perubahan positif pengundi Seri Setia

Berita
Typography

PETALING JAYA: Setelah tinggal seminggu lagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia, terdapat perubahan positif para pengundi terhadap calon PAS, Dr Halimah Ali.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS menyedari undi yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat (PH) dalam PRU14 yang lalu sangat besar.

“Para petugas PAS diseru untuk melipat gandakan lagi usaha merayu pengundi-pengundi di Seri Setia melakukan perubahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun Seri Setia ini.

“PAS yakin perubahan dan sokongan besar-besaran pengundi-pengundi di Seri Setia ini kepada PAS akan memberi signal penting kepada kerajaan Pakatan Harapan supaya jangan memandang enteng janji-janji yang telah mereka taburkan dalam PRU ke-14 yang lalu,” katanya.

Tuan Ibrahim sebelumnya mengetuai mesyuarat Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukyi;

Katanya, PAS juga melahirkan penghargaan kepada Umno, MIC, NGO dan tokoh-tokoh perseorangan daripada pelbagai kaum serta semua pihak yang telah bersungguh-sungguh untuk membantu calon PAS.

Menurutnya, kerjasama itu atas semangat kebersamaan dalam blok pembangkang untuk PRK Dun Seri Setia kali ini.

“Kerjasama yang diberikan oleh oleh semua pihak diyakini akan mengukuhkan kuasa politik semak imbang khususnya di negeri Selangor yang mempunyai bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Pakatan Harapan (PH) yang begitu besar.

“Usaha untuk memenangkan calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia dan juga calon MCA di Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong adalah ke arah memperkasakan blok pembangkang dalam Dun Selangor demi kebaikan untuk rakyat dan negeri ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/9/2018