Melayu bersatu hadapi golongan liberal

Berita
Typography

PASIR MAS: Ketegasan PAS terhadap pelaksanaan dasar Islam di negara ini mula diterima baik Umno walaupun kedua-dua parti terbabit pernah bermusuh lebih 60 tahun.

Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, orang Islam perlu bersatu bagi berhadapan golongan seperti transgender dan liberal selepas kerajaan Pakatan Harapan dilihat memberi ruang.

"Prinsip kita adalah Islam dan Umno kena perbetulkan dasar mereka bersama Islam, malah silibus usrah pun mereka mengambil silibus usrah kita buat dalam kalangan ahli Umno.

"Umno juga menerima pemisahan antara lelaki dan perempuan dalam satu-satu majlis. Pimpinan mereka juga menganggap kerjasama sekarang satu pengajaran," katanya pada sesi soal jawab bersama pimpinan PAS (Dun) Chetok di Danau Tok Uban dekat sini hari ini.

Turut hadir pada majlis santai itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Adun Chetok, Zuraidin Abdullah. - HARAKAHDAILY 30/8/2018