Akaun FB palsu guna nama PJ PAS Kedah

Berita
Typography

ALOR SETAR: Pesuruhjaya (PJ) PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila mewujudkan akaun media sosial palsu menggunakan namanya.

Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad berkata, pihakya kesal terhadap sikap pihak yang tidak bertanggungjawab itu yang bertujuan memburukkan pemimpin PAS.

Katanya, tindakan pihak berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan kepada warga netizen.

“Tidak mustahil komen atau status yang diutarakan dalam fb itu akan membawa fitnah kepada PAS dan pesuruhjaya,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap warga netizen mengabaikan akaun terbabit dan sebarang penulisan berkenaannya tiada kaitan dengan PAS dan Dr Ahmad Fakhruddin. - HARAKAHDAILY 30/8/2018