Sokongan positif buat PAS di Seri Setia

Berita
Typography

MARANG: Usaha mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Setia, 8 September ini banyak memberi kesan positif terhadap PAS berdasarkan perkembangan politik semasa.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana berdasarkan semakan parti bahawa berlaku kemerosotan sokongan pengundi kepada gabungan Pakatan Harapan (PH).

Beliau cukup optimis berlaku kesedaran politik dalam kalangan rakyat dan undi kepada calon PAS kali ini akan meningkat.

“Perkembangannya banyak positif terutamanya berdasarkan keputusan semakan kita dan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) semakin merosot.

“Ini menunjukkan bahawa keputusan Pilihan raya Umum ke-14, bukan berdasarkan kepada kesedaran menyeluruh. Keputusan PRK Dun Sungai Kandis yang baharu beberapa hari sahaja turun mendadak sokongan pengundinya.

“Sebab itu, kita percaya undi kita akan meningkat. Kita sedar bahawa, kemenangan itu tidak mudah tetapi tidak mustahil, insya Allah,” ujarnya dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Melabuh Unjam di Perairan Kuala Marang 2018 di sini, kelmarin. - HARAKAHDAILY 29/8/2018

LAPORAN PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT