MoU KUIZM luaskan usaha pendidikan tinggi Islam

Berita
Typography

GOMBAK: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan 12 sekolah yang akan menghantar pelajarnya melanjutkan pengajian di institusi tersebut.

Menerusi usaha tersebut, KUIZM bakal menjadi hub-pendidikan kepada sekolah menengah agama dan tahfiz al-Quran dengan membuka peluang kepada para pelajarnya menyambung pengajian di institusi pengajian milik PAS itu.

"Inilah yang kami hasratkan dalam usaha melaksanakan tanggungjawab pendidikan, di mana pihak KUIZM menyediakan peluang kepaa ibu bapa untuk anak mereka melanjutkan pengajian di sini.

"Mereka sejak awal lagi memilih menyekolahkan anak-anak di aliran agama dan mahu meneruskan ke pusat pengajian tinggi di mana KUIZM salah satunya.

"KUIZM disamping meneruskan agenda Pendidikan Islam, ia turut meneroka kursus berorientasikan keperluan industri bersifat kontemporari," ujar Pengarah Pusat Pengajian Umum KUIZM, Salbiah Abd Wahab.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis tersebut yang diadakan bersama Majlis Hi-Tea Dana Pendidikan KUIZM sempena Majlis Konvokesyen KUIZM di Taman Melewar, di sini baru-baru ini.

Demikian itu, sekolah yang menandatangani MoU bersama KUIZM akan bertindak sebagai 'Sekolah Perantara' yang telah tersedia peluang kepada pelajarnya melanjutkan pengajian tinggi peringkat Diploma dan lebih tinggi.

Pada majlis tersebut juga hadirin berpeluang mendengar penerangan lakaran 'Education Path' yang disampaikan Rektor KUIZM, Dr Mohd Zuhdi Marsuki secara ilmiah, namun santai.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Pengerusi Assabiqun PAS Pusat, Subky Abdul Latif dan ramai lagi. - HARAKAHDAILY 21/8/2018

IMG 20180821 WA0011

IMG 20180821 WA0010

IMG 20180821 WA0009