Rakyat tunggu harga petrol turun

Berita
Typography

KUANTAN: Walaupun Pakatan Harapan (PH) mengakui unjuran dibuat dalam manifesto tidak tepat, namun ia berjaya memperdayakan rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu berkata, manifesto PH Pilihan Raya Umum (PRU) lepas ternyata berjaya menarik perhatian rakyat sehingga berupaya menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Katanya, rakyat terpesona dengan janji-janji ditabur PH, namun selepas PRU baharu mereka sedar banyak janji yang tidak mampu ditunaikan.

“Ia mengecewakan rakyat di negeri ini apabila banyak janji tidak tertunai dalam tempoh yang disebutkan.

“Tawaran yang dibuat semasa kempen hendaklah sesuatu yang realistik dan boleh dilaksanakan. Jika tidak ia boleh dianggap adalah satu penipuan,” katanya di sini.

Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri, Dato’ A Kadir Jasin dilapor memberitahu unjuran dibuat PH tidak tepat dan ada janji yang tidak boleh dilaksanakan serta merta.

Adun Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak pula berkata, sehingga hari ini rakyat masih menantikan bila harga petrol akan diturunkan seperti terkandung dalam manifesto PH. - HARAKAHDAILY 20/8/2018