Persempadanan baharu pecah Pekan Wakaf Bharu

Berita
Typography

PEKAN  Wakaf Bharu yang berada di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Bharu sekarang akan dipecah, di mana sebahagiannya akan berada dalam Dun Pasir Pekan.

Cadangan itu terkandung dalam persempadanan baru yang yang dicadangkan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR), sedang dipamerkan sekarang.

Adun Wakaf Bharu Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata apa yang dicadangkan SPR pada persempadanan baharu itu seolah-olah menggambarkan agensi itu tidak memiliki kuasa.

“Saya berharap rakan-rakan dari Barisan Nasional memberi semula kuasa kepada SPR bagi membolehkan persempadan baharu kawasan pilihan raya mengambil kira faktor sosial dan budaya,” katanya pada persidangan Dun di Kota Bharu hari ini.

Pada pameran cadangan persempadanan baharu SPR yang diadakan sekarang secara jelas membelah Pekan Wakaf Bharu kepada dua Dun iaitu Wakaf Bharu dan Pasir Pekan.

Che Abdullah berkata, cadangan baharu SPR itu tidak munasabah kerana ia menyukarkan daripada aspek pentadbiran kerajaan.

Menurutnya juga stesen Projek Pantai Timur Rail Line (ECRL) di Wakaf Bharu yang dicadangkan kerajaan pusat juga akan berada di dua Dun berdasar cadangan baru persempadan dibuat SPR. – HARAKAHDAILY 22/3/2017