Jaga kewujudan Institusi Diraja – Sultan Kedah

Berita
Typography

ALOR SETAR: Sultan Kedah mengingatkan rakyat di negeri ini menjaga kewujudan Institusi Diraja, pengiktirafan dan kedudukan orang Melayu di samping menjunjung Islam sebagai agama rasmi.

Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah unsur-unsur tradisi tersebut dinyatakan dalam Perkara 34(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah dan Perlembagaan Persekutuan.

“Jangan pula diumpamakan seperti ‘biar bahu memikul, hati menyokong, jangan berlagak semacam orang yang kenyang, kalau dijamu dengan lauk yang sedap sekali pun dikatakan tawar.

"Beta juga suka untuk menyeru agar semangat juang memelihara jati diri identiti Kekedahan yang boleh dicontohi orang luar seperti kegemilangan Kedah suatu ketika,” titah baginda ketika merasmikan persidangan Dun Kedah hari ini.

Menurut baginda juga beradaban bangsa termaktub dalam undang-undang. – HARAKAHDAILY 13/8/2018