Lebih 1,580 hektar kawasan Orang Asal diwarta

Berita
Typography

SEHINGGA sekarang lebih 1,580 hektar diwartakan kerajaan sebagai rezab bagi penempatan masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata kelulusan tersebut berdasar pemohonan dibuat Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Katanya kawasan yang diwarta tersebut meliputi tujuh tempat antaranya Pos Jedip, Sungai Rual, Hendrop dan Tual.

"Sehingga sekarang masih ada 54 lagi permohonan yang diangkat Jakoa untuk mendapat kelulusan kerajaan negeri," katanya menjawab soalan Ab Aziz Yusof (BN-Galas) pada persidangan Dun di Kota Bharu.

Mohd Amar juga berkata kerajaan negeri hanya berunding mengenai isu masyarakat Orang Asal dengan pihak yang ada autoriti sahaja.

Katanya juga NGO Jaringan tidak berdaftar dengan kerajaan yang dianggap menjadi dalang sekatan di beberapa lokasi tahun lepas. – HARAKAHDAILY 22/3/2017