RUU355: DAP vs GERAKAN

- Advertisement -

APA beza GERAKAN dan DAP?

Perbezaan dua parti ini boleh dilihat pada penerimaan mereka terhadap RUU355.

Respons DAP mengenai RUU355:

DAP membantah RUU355. Lim Kit Siang mengetuai bantahan di Dewan Rakyat.

Mereka lantang menolak hasrat umat Islam di negara ini untuk memartabatkan mahkamah syariah melalui RUU355.

Walaupun sudah diberi penjelasan, Guan Eng kata, rakyat tetap tidak yakin dengan jaminan Ustaz Idris Ahmad di Parlimen bahawa hak kebebasan beragama orang bukan-Islam tidak akan terjejas dengan cadangan RUU355 dan RUU Kawalan.

Respons GERAKAN mengenai RUU355:

GERAKAN pada asalnya turut membantah namun setelah jelas kepada mereka bahawa orang bukan-Islam tidak terkesan dengan RUU355, mereka terus menyokong pembentangan RUU itu diteruskan.

“Jawapan (mahkamah) terang lagi bersuluh, bukan-Islam tak ada kaitan dengan RUU355. Maka lain kali GERAKAN tidak ada alasan untuk menolak.” – Setiausaha Agung GERAKAN, Mak Kah Keong.

Inilah beza GERAKAN dan DAP.

Kita meraikan bukan-Islam yang tidak ekstrem dan menolak mereka yang ekstrem.

ABDUL BASITH ABDUL HALIM
Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Selangor
13 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 13/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -