J3K nadi realisasi agenda kerajaan

Berita
Typography
KUALA NERUS: Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) perlu mempunyai pemikiran futuristik untuk melihat peningkatan kemajuan kampung diduduki.
 
Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, J3K bukanlah kerjaya, namun perlu menjadi mukmin profesional dalam menunaikan tanggungjawab diamanahkan.
 
Beliau melahirkan harapan agar J3K dapat merancang rangka kemajuan kampung masing-masing dan menegaskan bahawa peranan mereka sangat penting sebagai kekuatan Kerajaan Negeri.
 
Hishamuddin berucap demikian pada Majlis Taklimat dan Penyampaian Surat Pelantikan J3K Peringkat Kuala Nerus di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini kelmarin dahulu.
 
Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak.
 
Dalam ucapannya, beliau menyentuh mengenai kepentingan integriti dalam memikul tanggungjawab serta menunaikan segala amanah dan janji kepada rakyat.
 
Lebih 1,000 anggota J3K menerima watikah masing-masing pada majlis tersebut. -HARAKAHDAILY 27/7/2018