Perlu tegas banteras judi haram di Pahang

Berita
Typography

KUANTAN: PAS mendesak kerajaan bertindak lebih tegas membanteras judi haram di seluruh Pahang kerana ia membawa kemudaratan kepada rakyat.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar berkata, judi memang haram dari segi syarak dan sekali lagi haram kerana beroperasi tanpa lesen.

“Judi haram dari segi syarak dan sekali iagi haram dari segi undang-undang kerana beroperasi tanpa lesen.

“Judi boleh menyebabkan keruntuhan institusi keluarga dan keharmonian masyarakat boleh musnah kerana aktiviti perjudian.

“Judi beroperasi di bandar, pinggir bandar, di premis kedai biasa dan menawarkan perjudian dalam berbagai bentuk termasuk judi internet,” ujar beliau yang juga Adun Tanjung Lumpur pada sidang media di Wisma Sri Negeri Pahang ketika menghadiri persidangan Dun hari ini. - HARAKAHDAILY 24/7/2018