Kelantan catat belanjawan lebihan 2018

Berita
Typography

KOTA BHARU: Selepas Selangor, Johor dan Pulau Pinang, Kelantan merupakan salah satu negeri yang mencatatkan belanjawan lebihan (surplus) pada tahun 2018.

Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, walaupun kerajaan negeri membentangkan belanjaan 2018 dalam keadaan defisit, namun pendapatan meningkat pada akhir 2017.

Menurut beliau, peningkatkan tersebut berpunca daripada hasil pungutan bayaran premium tanah daripada jabatan dan agensi kerajaan persekutuan.

"Pada akhir 2017 kita mencatatkan bajet surplus dan bagi mengekalkan suasana ini kita merancang pelbagai langkah untuk diteruskan pada tahun akan datang.

"Antaranya meningkatkan keupayaan punggutan hasil kerajaan melalui pihak berkuasa tanah dengan menyediakan insentif kepada semua Pejabat Tanah dan Jajahan," katanya menjawab soalan Abdul Azziz Kadir (PAS-Jelawat) pada persidangan Dun hari ini. - HARAKAHDAILY 24/7/2018