Perjanjian penstrukturan bekalan air

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menunggu tempoh yang sesuai untuk diadakan Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perkara itu sebelum ini terpaksa ditunda seketika kerana menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kebetulan kerajaan baharu pula tadbir Pakatan Harapan. Tentu menteri yang baru nak semak dahulu berkaitan perjanjian dan ia memerlukan masa,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Mohd Amar juga berkata, projek bekalan air memerlukan dana yang besar, di mana tidak ada negeri yang boleh berdikari. - HARAKAHDAILY 23/7/2018