Kerajaan PH diminta laksana projek di Kelantan

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta meneruskan projek-projek yang telah diluluskan kerajaan Persekutuan sebelum ini di Kelantan.

Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bertitah antaranya projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra.

Selain itu, projek Central Spine Road (CSR), Lebuh Raya Pantai Timur dan cadangan pembinaan Jambatan Kampung Cina ke Palekbang.

“Perkara ini perlu sebagai usaha untuk mengeratkan lagi perhubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Pada masa yang sama ia untuk kepentingan rakyat di Kelantan,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan penggal pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-14 di Kota Darulnaim hari ini.

Baginda bertitah di bawah kerajaan baru diyakini banyak lagi perubahan akan dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – HARAKAHDAILY 23/7/2018