Mengaji agama antara faktor kemenangan PAS

Berita
Typography

KEMAMAN: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam tidak meninggalkan ilmu agama dan ilmu fardhu ain ketika dijajah suatu ketika dahulu.

Ujarnya, Allah mewujudkan orang-orang yang memahami ilmu agama untuk memelihara agama dengan membuka pondok, madrasah, pengajian masjid dan surau.

Ini, katanya merupakan salah satu faktor kepada kemenangan PAS di Kelantan dan Terengganu dan kekuatan di Kedah kerana terdapat ramai orang yang mengaji agama.

Beliau berkata demikian dalam program Ceramah Perdana Sempena Perasmian Mujamma' dan Ihtifal Pusat Pengajian Taman Islam di Kemaman.

Tambahnya, tanggungjawab semua adalah memelihara agama yang akan menyelamatkan umat Islam di dunia dan akhirat. – HARAKAHDAILY 22/7/2018