27
Mon, Mar
181 New Articles

Men’Ceria’ kan 30tahun Harakah

30 Tahun Harakah
Typography

Saya tidak terlibat dari awal penubuhan harakah tetapi di’minta’ menyertai Harakah selepas PRU ke-12, menjelang pelancaran semula Harakah 2 kali seminggu (selepas ianya diterbitkan dua kali sebulan sejak Mac, 2000) pada Muktamar ke54 di Ipoh Perak. Saya di’minta’ membantu pemasaran dan menguruskan pelancaran semula Harakah terbitan 2 kali sebulan. Harakah edisi pelanaran 2 kali seminggu itu, dicetak sebanyak 200 ribu naskah. Lebih 50 ribu naskah beredar di Perak sahaja.

Saya tak bercadang untuk menulis sejarah Harakah, tetapi memadai saya petik dari makalah “20 tahun Harakah (1987-2007)” tulisan mantan Ketua Pengarang Harakah yang terlibat dari awal penerbitan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, bertajuk Harakah terus diburu KDN  , menyebut “Berikutan sambutan baik pembaca, Harakah mohon kekerapan penrbitannya ditambah. Agak menarik, permohonan Harakah pada 7hb Mei, 1990 dijawab segera. KDN melalui surat bertarikh 18 Jun, 1990 memaklumkan “YAB Menteri (Dr Mahathir) telah bersetuju meluluskan permohonan tuan untuk menerbitkan akahbar HARAKAH dua kali seminggu”.   

Mengikut catatan Dr Bakhtin, seorang pengajar komuniksi di sebuah IPTA tempatan dalam makalah, “2 Dekad terajui perubahan” yang diterbitkan pada Jun, 2007 menyebut, “Apabila permit penerbitan tamat pada bulan Februari 2000, Harakah hanya dibenarkan terbit dua kali sebulan. Dahulunya Harakah muncul Sembilan kali setiap bulan.

“satu hal yang menarik tentang Harakah ialah keupayaannya bergerak secara kreatif dalam ruang sangkar yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri, pemberi permit akhbar di Malaysia. Apabila keluaran Harakah dihadkan oleh KDN, para petugas melihat ke dunia maya sebagai jalan keluar.

Harakahdaily dikembangkan walaupun ada pihak atasan PAS risau langkah demikian akan menyebabkan pembaca harakah menurun. Penerimaan PAS terhadap teknologi baru kemudiannya menunjukkan kemajuan luar biasa sehiungga memungkinkan Harakah menjadi akhbar unik. Bahan dimasukkan ke dalam PDF untuk dihantar kepda pencetak, kemudiannya bahan ini disebarkan oleh pekerja parti kepada lebih 10,000 isirumah”.

Program 30 tahun harakah (1987-2017)

Sebenarnya, tidak tahu bila tarikh sebenar kelahiran untuk disambut ulang tahun ke-30.  Tarikh ianya mendapat permit dari Kementerian dalam Negeri (KDN) adalah pada 1hb Mac, 1987. Tetapi keluaran pertama harakah adalah seminggu sebelum Muktamar 1987 diadakan.  Walau apapun tarikhnya, tahun 2017 ini adalah tahun sambutan 30 tahun Harakah.

Bila saya dilantik oleh Pengarah Urusan Harakah menjadi Penyelaras kepada program Sambutan 30 tahun Harakah (1987-2017) dalam keadaan Harakah yang terumbang ambing ini, secara jujurnya ianya amatlah mencabar dan sukar untuk dilaksanakan kerana kewangannya adalah lebih kepada untuk membiayai operasi Harakah sahaja. Program-program pembangunan dan apatah lagi program yang sifatnya sosial adalah terbatas dan terhad, malah hampir tiada pada masa-masa tertentu. Ini telah menjadi rahsia umum.   Harakah bukan lagi lubuk duit seperti sebelum ini.

Dalam keterbatasan yang ada, program men’ceria’kan 30 tahun harakah (1987-2017) tetap diadakan. Menjelang 1hb Mac, 2017, program mengecat semula kedua-dua bangunan Harakah Lot 22 dan 28 di jalan Pahang Barat telah dicat semula dengan warna korporat Harakah. Sebelum itu, unit Editorial telah mengambil alih 3 tingkat Lot 22, diatas Kedai Buku MyharakahBazaar untuk dijadikan pejabatnya untuk memenuhi tuntutan 30 tahun ke hadapan. Perpindahan ini dijadikan isu viral oleh sesetengah pihak yang tidak tahu hujung pangkalnya, yang lebih didalangi oleh motif politik, parti seteru PAS.

Mulai bulan Februari, 2017 juga, Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob melancarkan semula Bicara Harakah dengan kerjasama radio Internet Hijau.fm. Sempena Himpunan 355 yang dianjurkan oleh NGO-NGO Islam, sebanyak 6 siri Bicara Harakah@Hfm sempat diadakan. 3 siri sebelum H355 pada 18hb Februari, 2017 dan 3 siri lagi selepas tarikh tersebut melibatkan pelbagai pihak. Mengikut sasarannya, 30 siri Bicara Harakah@hfm akan diadakan pada tahun 2017 sebagai meraikan sambutan 30 tahun Harakah (1987-2017).

Pada 1hb Mac, 2017 juga Harakahdaily berwajah baru yang lebih mesra pengguna  mobile juga telah dilancarkan kepada warga maya. Serentak dengan pelancaran versi baru ini, satu halaman 30 tahun harakah juga dihubungkan kepada Harakahdaily yang akan dikendalikan oleh Unit Buku Harakah sebagai bahan awal untuk penerbitan e-book 30 tahun Harakah (1987-2017). Bila saya nyatakan e-book, ada permintaan untuk Harakah terbitkan edisi bercetak seperti 10 tahun Harakah (dalam bentuk akhbar) dan 20 tahun harakah (dalam bentuk makalah). Sama ada edisi bercetak e-book 30 Tahun Harakah ini diterbitkan atau tidak terpulang pada sokongan pembaca semua kepada Unit Buku Harakah (UBH).

Bagi menghargai pembaca buku, sempena sambutan 30 tahun ini, satu program telah diadakan oleh Myharakahbazaar.com dengan membayar 30 perataus harga buku sehingga stok masih ada. Segera layari myharakahbazaar.com. Bagi Kedai Buku myharakah pula, diadakan program pilih 6 buah buku, Cuma bayar RM 30 sahaja.

Selain itu, Penyelaras Sambutan 30 tahun harakah juga akan berusaha untuk mengunjungi 30 orang veteran PAS dan harakah yang pernah menaburkan bakti kepada PAS atau Harakah sebelum ini. Kunjungan pertama telah dibuat kepada mantan Pengerusi Tetap PAS selama 20 tahun (1993-2015) di kediamannya di Kodiang pada 10hb Mac lepas sempena kunjungan ke Kedah untuk mesyuarat Muktamar PAS.    

Sempena dengan Muktamar PAS kali ke63 di Kedah pada April nanti, Harakah juga akan berusaha untuk menemui seluruh peminat-peminat Harakah dengan mengadakan pameran 30 Tahun harakah (1987-2017). Harap ahli-ahli PAS yang masih berminat dengan Harakah dapat mengunjungi booth harakah di Muktamar nanti. Beberapa cabutan pengunjung bertuah ke 30, 300, 3000, 30,000 dan seterusnya akan menanti anda. Jangan lepaskan peluang anda untuk kunjungi booth pameran 30 tahun harakah.

Selain itu, bagi menhargai anak muda yang sentiasa bersama dengan Harakah sebelum ini, satu kejohanan Futsal 30 tahun Harakah (1987-2017) akan diadakan selepas muktamar nanati terhad kepada 30 pasukan sahaja. Tarikh kejohanan akan diumumkan selepas muktamar PAS nanti.