27
Mon, Mar
181 New Articles

Jelajah Rangsangan IT PRU14 Bermula di Sarawak

30 Tahun Harakah
Typography

26 Februari 2017, Sibu - Jabatan IT Negeri Sarawak (JITN) dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP), telah dengan jayanya menganjurkan Jelajah Rangsangan IT (JERIT) berkonsepkan Seminar Pengurusan ICT dan Bengkel Media Baru Multimedia & e-PAS yang telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 - 26 haribulan Februari 2017 bersamaan 29 - 30 Jamadil Akhir 1438H bertempat di Li Hua Hotel Sibu, Sarawak.

Seminar selama dua hari ini telah menghimpunkan seramai 33 orang wakil IT-MBMM dan DataApps dari seluruh pelusuk negeri Sarawak untuk menyusun strategi dan tindakan yang akan dilaksanakan untuk memantapkan gerak kerja IT PAS di bumi Darul Hana Sarawak terus diperkukuh. Seminar dan bengkel ini juga telah dirasmikan oleh Ustaz Shuhaimi Embong (Pengarah JIT PAS Pusat) dengan tujuan untuk mempersiap-siagakan jentera IT-MBMM dan DataApps bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU-14) yang bakal mendatang.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan IT PAS Negeri Sarawak (JITNS) memfokuskan dua teras utama IT PAS iaitu Media Baru dan Multi Media (MBMM) serta Data dan Aplikasi Sistem (DataApps). Seminar dua hari ini merangkumi penerangan teori serta bengkel-bengkal praktikal untuk memberikan pendedahan yang menyeluruh buat AJK IT-MBMM dan DataApps PAS Sarawak. Selain itu juga, seminar ini telah menghasilkan 5 resolusi yang melibatkan organisasi IT, komunikasi dan keselamatan IT, Media Baru & Multimedia, Data dan Aplikasi Sistem (DataApps) dan Dana usaha IT bagi memantapkan gerak kerja IT PAS Sarawak.

jelajah it

Selain daripada Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Ustaz Shuhaimi Embong, turut menjayakan seminar ini dan juga yang banyak mencurahkan segala ilmu dalam IT dari JITP, iaitu Ustaz Hj Mohd Nasri B Mohd Zaid, Ustaz Abdullah Atan, Cik Azlina Ahmad dan Cik Hadijah Hassan.

Majlis perasmian penutup seminar telah disempurnakan oleh Ustaz Nazri Ismail, Pemangku YDP PAS Kawasan Sibu. Antara ucapan dan taujihat beliau buat semua peserta yang hadir kata beliau, "Kita doakan program yang dilaksanakan dua hari ni, dapat melancarkan gerak kerja khususnya jabatan IT, bukan semua orang boleh IT. Setiap kawasan ada mereka yang sesuai, bekerjalah di posisi masing-masing. Maksud ayat Al-Quran, setiap kamu bekerja ikut posisi masing-masing. Semuanya memainkan peranan masing-masing. Allah SWT tahu siapa yang kehadapan dalam tugas masing-masing. Masing-masing buat tugas tanpa perasaan tidak puas hati. Kita bekerja kerana ALlah tidak mengharapkan apa-apa. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Ada dikalangan mereka istiqamah, tidak mengharapkan apa-apa, mereka bawa kereta dari Kuching ke Miri. Bertolak waktu malam, tidak berhenti Ini menunjukkan mujahadah. Tadi saya nampak ada tajuk Mujahid Siber. Sekarang kita berhadapan dengan musuh-musuh yang tidak nyata. Kita berjuang di alam siber bagi memperluaskan menang di pilhanraya. Walaupun tidak menang mesej sampai. Mereka tahu perjuangan PAS, tinggal mereka nak pilih atau tidak."

Sememangnya, seminar seperti ini adalah prorgam yang dinanti-nantikan oleh penggerak IT PAS di Sarawak. Semoga Seminar seperti ini dapat diteruskan demi memantapkan lagi IT di Sarawak.