21
Mon, Aug
22 Artikel Baru

Harakah : 30 Tahun Membawa Misi Damai

30 Tahun Harakah
Typography

MENJELANG usia 30 Mtahun akhbar rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Harakah kini kekal tampil sebagai sebuah akhbar berkala yang menjadi penyambung bicara dengan masyarakat awam, khususnya dalam khalayak Ahli PAS. Mengharungi liku-liku arus media massa yang sentiasa dihimpit dengan pengaruh media baru berorientasikan jaringan internet dan olahan berita maya, ternyata Harakah masih di persada massa dari sudut peranannya sebagai akhbar parti. Peranannya yang amat besar dalam memajukan perjuangan PAS ke dada masyarakat.

Perjuangan PAS dengan misi damai dan sejahtera ke arah pembentukan cara hidup Islam, maka Harakah tetap memilih jalan pemberitaan damai. Ia sesuai dengan fungsi Harakah yang menyampaikan berita secara informasi, mendidik dan membujuk (persuasive). Akhbar nasional dan Kelantan Bergerak dengan fungsi-fungsi pemberitaan sedemikian, maka Harakah telah mempersembahkan pemberitaan yang bernilai dalam memartabatkan perjuangan PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Berbekalkan taglinenya “Membangun Bersama Islam” sekali gus terkandung nilai berita yang menyebelahi kerahmatan Islam sebagai sistem hidup yang progresif berpaksikan sistem Islam.

Lebih-lebih lagi, tagline tersebut amat bernilai kerana ia menerima pakai tajuk bagi dasar Kerajaan Negeri Kelantan, satu-satunya negeri yang ditadbir oleh PAS yang utuh semenjak tahun 1990. Sesuailah Harakah dinamakan sebagai akhbar nasional bagi PAS dan pada masa sama juga merupakan akhbar untuk Negeri Kelantan. Ini kerada daripada sudut nilai Harakah itu sendiri adalah sebahagian daripada pemberitaan yang menelusuri tahap-tahap pembangunan dan pentadbiran Islam di Kelantan.

Malah selama lebih 23 tahun Harakah sentiasa dilihat bernilai sebagai akhbar Kelantan di dalam memuatkan kandungan pemberitaan yang tuntas melaporkan peranan sosok tubuh tersohor Menteri Besar Kelantan era 1990-2013, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sosok pemimpin yang satu-satunya menabur bakti untuk perjuangan Islam dan sekali gus selaku Ketua Negeri Serambi Makkah. Kini pasca pilihan raya umum 2013, ruang pemberitaan sosok tubuh itu diisi pula dengan peranan Ustaz Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan yang merupakan penerus legasi Kepimpinan Ulama di Negeri Kelantan.

Justeru itu, kandungan pemberitaan Harakah terus utuh di atas prinsip perjuangan damai (silmi) yang dilihat berjaya mendekatkan isu-isu perjuangan siasah syar’iyyah yang menjadi tonggak kekuatan perjuangan politikdakwah PAS. Maka di atas prinsip perjuangan damai inilah berlakunya peranan Harakah sebagai sumber berita yang mendamaikan para pencinta kehidupan Islamis di Negeri Serambi Makkah itu. Jauh sama sekali bagi Harakah untuk melaporkan berita yang bernilai konflik mahupun provokasi. Sebaliknya pendirian Harakah sentiasa mengutamakan keilmuan menerusi penerbitan isu dan peristiwa yang mendekatkan jemaah dengan warga pembaca kalangan Ahli PAS. Ia turut mengundang minat para pembaca awam yang sukakan pemberitaan alternatif kepada akhbar milik kerajaan.

Justeru tidaklah pelik jika dikatakan para pembaca Harakah juga terdiri daripada individu yang bukan Ahli PAS. Apa yang menarik lagi, petak-petak kandungan dalam pemberitaan Harakah adalah bersifat complexity dan compulsory. Complexity daripada segi keilmuan yang berpandukan minda kepimpinan PAS yang menghidangkan pelbagai sudut fikrah yang boleh melengkapkan nilai-nilai berita dan peristiwa aktiviti PAS di seluruh negara. Di samping turut menyiarkan berita-berita dari sumber agensi berita milik kerajaan (khususnya BERNAMA), lantaran keterikatan Harakah dengan syarat kelulusan permit penerbitan.

Namun Harakah tetap dianggap akhbar parti dan syarat permitnya hendaklah untuk ahli PAS sahaja. Cabaran survivability Dalam meneliti fungsi dan prestasi Harakah itu sudah tentu terdetik di hati bagi mendoakan agar akhbar kesayangan ahli PAS ini terus relevan sesuai dengan arus kontemporari. Walaupun himpitan pengaruh media baru kini memungkin kitaran pemasaran yang merundum, maka Harakah seharusnya dapat mengimbangi fungsinya agar seiring dengan minat dan trendy kalangan pembaca yang sekarang ini banyak merujuk kepada berita di hujung jari.

Apa yang pasti pendekatan baru Harakah berkonsepkan e-paper, online daily (Harakahdaily) dan penjualan Kad Istiqamah kepada warga pembacanya sedikit sebanyak telah dapat memenuhi selera sesetengah pembaca yang tidak lagi membelek Harakah edisi cetak. Namun begitu, inisiatif kempen ke arah meningkatkan jumlah pembaca dan kuantiti jualan telah diperkasa. Antaranya dengan memperkenalkan kempen 3B (Beli, Baca dan Beri) ia telah berjaya mengekang titik merundum kuantiti pengedaran dan jualan. Malahan menerima kempen satu Harakah satu keluarga PAS pula telah berjaya meningkat pembelian atas nama PAS Kawasan dan pihak PAS Kawasan kemudiannya mengagih baca kepada ahli PAS di peringkat Cawangan.

Harakah tidak akan berkubur Demikian pula, Harakah tidak mungkin berkubur dalam arus ledakan maklumat yang bersifat bestari berikutan keputusan Kerajaan Negeri Kelantan yang membeli dan mengagih kepada Pusat Khidmat Dun (Wakil Rakyat). Justeru 45 Pusat Khidmat Dun telah menyambung peranan Harakah dalam menyampaikan maklumat aktiviti PAS di seluruh negara. Oleh sebab itu, isi kandungan Harakah telah ditambah dalam ruangan berita hal ehwal Kelantan. Langkah tersebut amat tepat di dalam usaha memugar emosi ahli PAS dalam mengikuti apa yang berlaku dalam tempoh seminggu.

Ternyata fungsi dan konsentrasi pemberitaannya memerlukan nilai berita yang bersifat evergreen dan forever serta dapat melebar, malah menebalkan persetujuan masyarakat kepada PAS sebagai parti pilihan yang tepat. Semoga Allah memelihara survival Harakah sebagai pembawa misi damai untuk terus maju mengatur perjuangan Islam agar diterima oleh majoritit masyarakat Malaysia. >>Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.