24
Fri, Mar
163 New Articles

MENJELANG usia 30 Mtahun akhbar rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Harakah kini kekal tampil sebagai sebuah akhbar berkala yang menjadi penyambung bicara dengan masyarakat awam, khususnya dalam khalayak Ahli PAS. Mengharungi liku-liku arus media massa yang sentiasa dihimpit dengan pengaruh media baru berorientasikan jaringan internet dan olahan berita maya, ternyata Harakah masih di persada massa dari sudut peranannya sebagai akhbar parti. Peranannya yang amat besar dalam memajukan perjuangan PAS ke dada masyarakat.

Perjuangan PAS dengan misi damai dan sejahtera ke arah pembentukan cara hidup Islam, maka Harakah tetap memilih jalan pemberitaan damai. Ia sesuai dengan fungsi Harakah yang menyampaikan berita secara informasi, mendidik dan membujuk (persuasive). Akhbar nasional dan Kelantan Bergerak dengan fungsi-fungsi pemberitaan sedemikian, maka Harakah telah mempersembahkan pemberitaan yang bernilai dalam memartabatkan perjuangan PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Berbekalkan taglinenya “Membangun Bersama Islam” sekali gus terkandung nilai berita yang menyebelahi kerahmatan Islam sebagai sistem hidup yang progresif berpaksikan sistem Islam.

Lebih-lebih lagi, tagline tersebut amat bernilai kerana ia menerima pakai tajuk bagi dasar Kerajaan Negeri Kelantan, satu-satunya negeri yang ditadbir oleh PAS yang utuh semenjak tahun 1990. Sesuailah Harakah dinamakan sebagai akhbar nasional bagi PAS dan pada masa sama juga merupakan akhbar untuk Negeri Kelantan. Ini kerada daripada sudut nilai Harakah itu sendiri adalah sebahagian daripada pemberitaan yang menelusuri tahap-tahap pembangunan dan pentadbiran Islam di Kelantan.

Malah selama lebih 23 tahun Harakah sentiasa dilihat bernilai sebagai akhbar Kelantan di dalam memuatkan kandungan pemberitaan yang tuntas melaporkan peranan sosok tubuh tersohor Menteri Besar Kelantan era 1990-2013, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sosok pemimpin yang satu-satunya menabur bakti untuk perjuangan Islam dan sekali gus selaku Ketua Negeri Serambi Makkah. Kini pasca pilihan raya umum 2013, ruang pemberitaan sosok tubuh itu diisi pula dengan peranan Ustaz Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan yang merupakan penerus legasi Kepimpinan Ulama di Negeri Kelantan.

Justeru itu, kandungan pemberitaan Harakah terus utuh di atas prinsip perjuangan damai (silmi) yang dilihat berjaya mendekatkan isu-isu perjuangan siasah syar’iyyah yang menjadi tonggak kekuatan perjuangan politikdakwah PAS. Maka di atas prinsip perjuangan damai inilah berlakunya peranan Harakah sebagai sumber berita yang mendamaikan para pencinta kehidupan Islamis di Negeri Serambi Makkah itu. Jauh sama sekali bagi Harakah untuk melaporkan berita yang bernilai konflik mahupun provokasi. Sebaliknya pendirian Harakah sentiasa mengutamakan keilmuan menerusi penerbitan isu dan peristiwa yang mendekatkan jemaah dengan warga pembaca kalangan Ahli PAS. Ia turut mengundang minat para pembaca awam yang sukakan pemberitaan alternatif kepada akhbar milik kerajaan.

Justeru tidaklah pelik jika dikatakan para pembaca Harakah juga terdiri daripada individu yang bukan Ahli PAS. Apa yang menarik lagi, petak-petak kandungan dalam pemberitaan Harakah adalah bersifat complexity dan compulsory. Complexity daripada segi keilmuan yang berpandukan minda kepimpinan PAS yang menghidangkan pelbagai sudut fikrah yang boleh melengkapkan nilai-nilai berita dan peristiwa aktiviti PAS di seluruh negara. Di samping turut menyiarkan berita-berita dari sumber agensi berita milik kerajaan (khususnya BERNAMA), lantaran keterikatan Harakah dengan syarat kelulusan permit penerbitan.

Namun Harakah tetap dianggap akhbar parti dan syarat permitnya hendaklah untuk ahli PAS sahaja. Cabaran survivability Dalam meneliti fungsi dan prestasi Harakah itu sudah tentu terdetik di hati bagi mendoakan agar akhbar kesayangan ahli PAS ini terus relevan sesuai dengan arus kontemporari. Walaupun himpitan pengaruh media baru kini memungkin kitaran pemasaran yang merundum, maka Harakah seharusnya dapat mengimbangi fungsinya agar seiring dengan minat dan trendy kalangan pembaca yang sekarang ini banyak merujuk kepada berita di hujung jari.

Apa yang pasti pendekatan baru Harakah berkonsepkan e-paper, online daily (Harakahdaily) dan penjualan Kad Istiqamah kepada warga pembacanya sedikit sebanyak telah dapat memenuhi selera sesetengah pembaca yang tidak lagi membelek Harakah edisi cetak. Namun begitu, inisiatif kempen ke arah meningkatkan jumlah pembaca dan kuantiti jualan telah diperkasa. Antaranya dengan memperkenalkan kempen 3B (Beli, Baca dan Beri) ia telah berjaya mengekang titik merundum kuantiti pengedaran dan jualan. Malahan menerima kempen satu Harakah satu keluarga PAS pula telah berjaya meningkat pembelian atas nama PAS Kawasan dan pihak PAS Kawasan kemudiannya mengagih baca kepada ahli PAS di peringkat Cawangan.

Harakah tidak akan berkubur Demikian pula, Harakah tidak mungkin berkubur dalam arus ledakan maklumat yang bersifat bestari berikutan keputusan Kerajaan Negeri Kelantan yang membeli dan mengagih kepada Pusat Khidmat Dun (Wakil Rakyat). Justeru 45 Pusat Khidmat Dun telah menyambung peranan Harakah dalam menyampaikan maklumat aktiviti PAS di seluruh negara. Oleh sebab itu, isi kandungan Harakah telah ditambah dalam ruangan berita hal ehwal Kelantan. Langkah tersebut amat tepat di dalam usaha memugar emosi ahli PAS dalam mengikuti apa yang berlaku dalam tempoh seminggu.

Ternyata fungsi dan konsentrasi pemberitaannya memerlukan nilai berita yang bersifat evergreen dan forever serta dapat melebar, malah menebalkan persetujuan masyarakat kepada PAS sebagai parti pilihan yang tepat. Semoga Allah memelihara survival Harakah sebagai pembawa misi damai untuk terus maju mengatur perjuangan Islam agar diterima oleh majoritit masyarakat Malaysia. >>Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.

Akhbar tablod Harakah mula diterbitkan seminggu sebelum muktamar PAS 1987 setelah mendapat permit penerbitan sejak 1hb. Mac, 1987 sebagai surat berita atau dalam istilahnya akhbar pertubuhan tetapi kandungannya selain meliputi hal ehwal pertubuhan, ia boleh muatkan “rencana umum” dengan kekerapan seminggu sekali. Mulai tahun 1990, harakah diterbitkan 2 kali seminggu.

Sama ada disedari atau tidak, Harakah yang dilahirkan pada tahun 1987 telah menyambut ulang tahun ke30 pada tahun 2017 ini.

Kelahiran Harakah
Hasil post-mortem dalam pilihanraya umum 1986, mendapati ketiadaan
media menjadi salah satu punca kepada kekalahan PAS dalam pilihanraya tersebut. Dua orang pimpinan PAS yang bertanggungjawab terhadap penerangan ketika itu (Nakhaei Ahmad dan Subky Latif) memikirkan cara
bagaimana untuk menerbitkan penerbitan parti.

Harakah diterbitkan untuk membina masyarakat melalui penyebaran ilmu dan menyampaikan informasi serta penerangan secara menyeluroh kepada semua pihak dengan menggunakan medium penerbitan.

Dengan kandungan meliputi pelbagai perkara yang menyentuh pelbagai aspek Islam seperti tazkirah, khutbah, rencana dan berita umat islam di dalam dan luar Negara, harakah merupakan “senjata utama‟ penyebaran risalah Islam dan juga penerangan PAS kepada masyarakat dengan target edarannya 100,000 naskah setiap keluaran.

Malah edaran tertinggi Harakah pernah mencecah kepada 400,000 naskah dengan 2 keluaran seminggumenjelang pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999 menjadikannya 2 kali ganda dari edaran akhbar-akhbar
utama negara ketika itu.

Dengan pengaruh harakah yang begitu meluas, menyebabkan ianya pernah beberapa kali digantung dan dikenakan berbagai sekatan bagi menghalang edarannya dalam masyarakat.Umpamanya, pada tahun
2000, penerbitannya disekat menjadi 2 kali sebulan dengan edaran kepada ahli PAS sahaja sebelum dikembalikan semula penerbitannya 2 kali seminggu pada pertengahan tahun 2008.
Setelah 30 tahun harakah beroperasi, harakah berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa dalam meneruskan survival dan halatuju harakah untuk 30 tahun akan dating dalam era digital sekarang ini.
Politik di era digital
Dalam teori politik, politik digital atau istilahnya lainnya Cyberpolitics (politik didunia maya) memanfaatkan perkembangan teknologi yang ada saat ini. Teknologi digital memiliki peranan dalam dunia politik, yakni bagaimana cara seorang tokoh politik dapat melakukan komunikasi politik yang baik dan tepat.
Tinggi dan rendahnya penyertaan politik dapat diatasi oleh faktor modernisasi dan meningkatnya komunikasi massa. Sehingga dikatakan teknologi digital sebagai produk modernisasi dan alat komunikasi yang memiliki massa yang besar turut memberikan peningkatan angka penyertaani masyarakat pada suatu politik.
Teknologi komunikasi atau informasi adalah istilah yang merujuk pada teknologi komunikasi modern yang terutama mencerminkan aplikasi komputer, telekomunikasi, atau kombinasi dari keduanya. Termasuk TV yang disiarkan secara global, dan tentu termasuk perangkat yang digunakan sebagai media sosial seperti i-pad dan smartphone.
Clarke dan Knake (2010) membahas bagaimana pemanfaatan teknologi di era digital khususnya internet, menjadi ajang baru dalam “perang antar Negara” dan bagaimana Negara dapat bertahan dalam peperangan cyber tersebut. Maka tidak mengherankan jika teknologi digital digunakan oleh seorang pemimpin suatu negara untuk mengancam pemimpin negara lain. Contohnya, pada bulan Agustus 1999, Jose Ramos Horta mengancam bahwa jika Indonesia tidak menyelenggarakan referendum bagi kemerdekaan timor timur, maka pasukan cyber dari seluruh dunia akan meretas sistem komputer yang vital, terutama dalam bidang pertahanan dan perbankan.
Definisi Digital dan Teknologi Digital
Perkataan Digital berasal dari bahasa Yunani yaitu Digitus yang berarti Jari Jemari. Biasanya mengacu pada sesuatu yang menggunakan angka, terutama bilangan angka biner. menggunakan angka 1 dan 0, diatur dalam kode yang berbeda untuk memudahkan pertukaran informasi. 1 dan 0 juga disebut sebagai bit (Binary Digit) dari kata digit biner yang mewakili potongan terkecil dari informasi dalam sistem digital.
Jika dikaji sistem digital maka tidak akan terlepas dari perkembangan teknologi. Perkembangan teknologi dalam sistem digital telah menjadi pendorong revolusi komunikasi memacu pengembangan komunikasi baru, informasi teknik manipulasi, dan peralatan komunikasi yang sudah ada sebelumnya.
Teknologi digital, adalah teknologi yang tidak lagi menggunakan tenaga manusia, atau manual. Tetapi cenderung pada sistem pengoperasian yang otomatis dengan sistem komputerisasi atau format yang dapat dibaca oleh komputer. Teknologi digital pada dasarnya hanyalah sistem penghitung yang sangat cepat yang memproses semua bentuk-bentuk informasi sebagai nilai-nilai numeris.
Harakah dan Dinamisme Internet

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, khususnya internet yang pesat telah menyebabkan harakah berkembang dengan lebih pantas dalam mencapai sasaran dakwahnya untuk memenangi hatibudi dan pemikiran rakyat.

Dalam konteks media penerangan dan hubungan media PAS (termasuk harakah) memang banyak. Diantaranya menggunakan beberapa teknologi ICT boleh dimanfaatkan: i) Telefon dan telefon bimbit, ii) Internet dan media baru (Portal/Blog, Facebook, Twitter, Instagram dll, iii) Radio, TV internet dan Stalit TV, iv) Majalah dan akhbar elektronik,. e-books, audio books, epaper, v) Papan kenyataan elektronik (indoor dan outdoor) di tempat awam, vi) MP3 Player, CD/VCD dan DVD, Film dll.
Tanpa memperincikan satu persatu apa yang telah saya bentangkan dalam satu wacana pada PAS Sabah untuk mendepani 30 tahun kehadapan politik digital bagi diadaptasikan oleh PAS terutama Harakah.
5 usaha pendigitalan Harakah berdasarkan inisiatif ICT yang dilakukan dalam tempoh 30 tahun ini adalah seperti berikut;

1) Harakah Edisi Internet dan Harakahdaily

Harakah segera memanfaatkan teknologi ICT ini dengan mengadakan
Harakah Edisi Internet seawal tahun 1997 yang dilancarkan oleh Ustaz Fadhil Mohd Noor, Presiden PAS ketika itu.

Pendokong-pendokong IT dari kalangan ahli PAS membantu Harakah memulakan usaha ini untuk menyiarkan bahan-bahan yang ada dalam akhbar harakah membantu memasukkan berita-berita, rencana-rencana utama dan kolum-kolum penting (ihat contoh dialamat, http://harakah4.tripod.com)

Bila kerajaan mengenakan sekatan terhadap penerbitan akhbar harakah pada tahun 2000 daripada 2 kali seminggu kepada 2 kali sebulan, harakah telah bersedia dengan versi internet, harakahdaily yang boleh
dilayari setiap hari.

Portal berita harakahdaily.com yang dikemaskini setiap hari digerakkan secara aktif mulai tahun 2000, selepas kemenangan besar PAS dalam PRU ke-10.

Sekarang ianya menjadi harakahdaily.net dengan kunjungan pelawat sekitar 70,000 (pageview) sehari dan dalam masa-masa peristiwa tertentu seperti pilihanraya, muktamar dan sebagainya boleh mencecah
100,000 sehari. Ianya juga secara tidak langsung merealisasikan sebahagian hasrat harakah untuk menjadi akhbar harian yang masih belum terlaksana.

2) Radio/TV Internet
Satu lagi prasarana penting menggunakan internet dalam menyampaikan penerangan dan dakwah ialah melalui siaran audio/visual seperti radio dan TV internet.

Serentak dengan kemunculan harakahdaily.com, harakah juga emulakan usaha mengadakan harakah TV yang dilancarkan pada 15hb. Mei, 2000 tetapi sempat bertahan selama setahun sahajakerana faktor kewangan.

Kemudian projek ini, webtv in telah dihidupkan semula dengan nama TVPAS bagi menghadapi PRU ke-12 pada Ogos, 2006. Selepas PRU ke-12, TVPAS telah diserahkan semula kepada Harakahdaily untuk digabungkan untuk memulakan semula segmen audio/video Harakahdaily pada tahun 2009.

Pelancaran radio internet rasmi Parti Islam SeMalaysia (PAS) iaitu radio hijau.fm menjelang PRU-13 masih bertahan dan mampu meningkatkan kefahaman masyarakat melalui teknik rancangan radio dalam menyampaikan intisari berita yang diterbitkan oleh harakah pada setiap isnin dan jumaat melalui slot sorotan berita.

3) eharakah – akhbar harakah versi digital

Setelah hampir 10 tahun menguasai teknologi internet, harakah memperkenalkan ePAPER harakah atau eharakah pada tahun bulan Jun, 2009. Mulai tahun 2013, ePAPER ini menjadi produk Digital yang utama kepada Kad Setia Pelanggan, Istiqamah.

Akhbar digital (ePAPER) Harakah ini adalah anda membaca harakah versi cetak secara online. Bezanya adalah ianya dicapai dalam talian dan boleh dicetak sendiri jika dikehendaki oleh pembaca online.

Dengan berkembangnya broadband dan capaian internet di negara kita, epaper ini merupakan pilihan masa depan yang sangat baik. Fokus utama
adalah kepada masyarakat bandar yang celik IT dari dalam dan luar negara serta generasi maya yang hidup dengan internet.

4) Perpustakaan online dan Pusat maklumat arkib digital Istiqamah, Myharakah
Pendigitilan bahan-bahan ilmu yang terkandung di dalam lipatan akhbar buku-buku harakah dan kitab rujukan Islam supaya lebih mudah dicapai dan ditelaah melalui capaian atas talian.

Sehubungan dengan ini, harakah sedang dalam proses membina sebuah arkib dan perpustakaan maya Islam yang dijadikan pilihan produk digital, kad setaia Pelanggan, Istiamah Gold dan Platinum dibawah “branding‟ atau jenama myharakah dengan hasrat berikut;

a) Menghidangkan berbagai capahan ilmu dan sumber pengetahuan Islam khususnya yang berkaitan dengan harakah.
b) Menghimpun dan menyimpan pelbagai sumber bahan bagi kemudahan capaian secara global.
c) Memberi peluang untuk berlakunya kerjasama yang berdaya maju dikalangan institusi perpustakaan Islam dan umum baik di peringkat nasional, serantau, mahupun sedunia.

5) Media – SMS, Facebook, Twitter harakah
Harakah juga turut memanfaatkan sms untuk menyampaikan berita terkini harakahnews dan media sosial seperti facebook dan twitter bagi menyebarluaskan berita-berita harakah di blog-blog dan portal-portal internet disamping memberi peluang seluas-luasnya untuk kemudahan perniagaan elektronik atau ebisnes untuk membantu usahawan-usahawan muslim berkembang sehingga terkenal melalui ruang iklan yang ditawarkan.

Harakah menjelang 30 tahun kehadapan.

Harakah akan meneruskan beberapa keutamaan yang perlu diusahakan dan dicapai selepas 30 tahun operasinya terutama dalam bidang pendigitalan dengan melahirkan beberapa produk digital yang baru yang dikenalpasti bagi memenuhi keperluan generarasi Y dan Z yang sedang berkembang pesat mendominiasi masyarakat maya sekarang ini disamping memperkemaskan edaran harakah cetak menerusi cawangan dan kawasan bagi menyampaikan informasi dan penerangan secara menyeluruh kepada semua pihak menggunakan media penerbitan terutama menjelang Pilihanraya umum ke14 (PRU ke14).

Unit Buku Harakah (UBH) berusaha menerbitkan buku 30 tahun harakah, Istiqamah Memimpin Perubahan. Sesiapa yang berhasrat menyumbang penulisan boleh emel kepada, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan segera.

26 Februari 2017, Sibu - Jabatan IT Negeri Sarawak (JITN) dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP), telah dengan jayanya menganjurkan Jelajah Rangsangan IT (JERIT) berkonsepkan Seminar Pengurusan ICT dan Bengkel Media Baru Multimedia & e-PAS yang telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 - 26 haribulan Februari 2017 bersamaan 29 - 30 Jamadil Akhir 1438H bertempat di Li Hua Hotel Sibu, Sarawak.

Seminar selama dua hari ini telah menghimpunkan seramai 33 orang wakil IT-MBMM dan DataApps dari seluruh pelusuk negeri Sarawak untuk menyusun strategi dan tindakan yang akan dilaksanakan untuk memantapkan gerak kerja IT PAS di bumi Darul Hana Sarawak terus diperkukuh. Seminar dan bengkel ini juga telah dirasmikan oleh Ustaz Shuhaimi Embong (Pengarah JIT PAS Pusat) dengan tujuan untuk mempersiap-siagakan jentera IT-MBMM dan DataApps bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU-14) yang bakal mendatang.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan IT PAS Negeri Sarawak (JITNS) memfokuskan dua teras utama IT PAS iaitu Media Baru dan Multi Media (MBMM) serta Data dan Aplikasi Sistem (DataApps). Seminar dua hari ini merangkumi penerangan teori serta bengkel-bengkal praktikal untuk memberikan pendedahan yang menyeluruh buat AJK IT-MBMM dan DataApps PAS Sarawak. Selain itu juga, seminar ini telah menghasilkan 5 resolusi yang melibatkan organisasi IT, komunikasi dan keselamatan IT, Media Baru & Multimedia, Data dan Aplikasi Sistem (DataApps) dan Dana usaha IT bagi memantapkan gerak kerja IT PAS Sarawak.

jelajah it

Selain daripada Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Ustaz Shuhaimi Embong, turut menjayakan seminar ini dan juga yang banyak mencurahkan segala ilmu dalam IT dari JITP, iaitu Ustaz Hj Mohd Nasri B Mohd Zaid, Ustaz Abdullah Atan, Cik Azlina Ahmad dan Cik Hadijah Hassan.

Majlis perasmian penutup seminar telah disempurnakan oleh Ustaz Nazri Ismail, Pemangku YDP PAS Kawasan Sibu. Antara ucapan dan taujihat beliau buat semua peserta yang hadir kata beliau, "Kita doakan program yang dilaksanakan dua hari ni, dapat melancarkan gerak kerja khususnya jabatan IT, bukan semua orang boleh IT. Setiap kawasan ada mereka yang sesuai, bekerjalah di posisi masing-masing. Maksud ayat Al-Quran, setiap kamu bekerja ikut posisi masing-masing. Semuanya memainkan peranan masing-masing. Allah SWT tahu siapa yang kehadapan dalam tugas masing-masing. Masing-masing buat tugas tanpa perasaan tidak puas hati. Kita bekerja kerana ALlah tidak mengharapkan apa-apa. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Ada dikalangan mereka istiqamah, tidak mengharapkan apa-apa, mereka bawa kereta dari Kuching ke Miri. Bertolak waktu malam, tidak berhenti Ini menunjukkan mujahadah. Tadi saya nampak ada tajuk Mujahid Siber. Sekarang kita berhadapan dengan musuh-musuh yang tidak nyata. Kita berjuang di alam siber bagi memperluaskan menang di pilhanraya. Walaupun tidak menang mesej sampai. Mereka tahu perjuangan PAS, tinggal mereka nak pilih atau tidak."

Sememangnya, seminar seperti ini adalah prorgam yang dinanti-nantikan oleh penggerak IT PAS di Sarawak. Semoga Seminar seperti ini dapat diteruskan demi memantapkan lagi IT di Sarawak.

Saya tidak terlibat dari awal penubuhan harakah tetapi di’minta’ menyertai Harakah selepas PRU ke-12, menjelang pelancaran semula Harakah 2 kali seminggu (selepas ianya diterbitkan dua kali sebulan sejak Mac, 2000) pada Muktamar ke54 di Ipoh Perak. Saya di’minta’ membantu pemasaran dan menguruskan pelancaran semula Harakah terbitan 2 kali sebulan. Harakah edisi pelanaran 2 kali seminggu itu, dicetak sebanyak 200 ribu naskah. Lebih 50 ribu naskah beredar di Perak sahaja.

Saya tak bercadang untuk menulis sejarah Harakah, tetapi memadai saya petik dari makalah “20 tahun Harakah (1987-2007)” tulisan mantan Ketua Pengarang Harakah yang terlibat dari awal penerbitan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, bertajuk Harakah terus diburu KDN  , menyebut “Berikutan sambutan baik pembaca, Harakah mohon kekerapan penrbitannya ditambah. Agak menarik, permohonan Harakah pada 7hb Mei, 1990 dijawab segera. KDN melalui surat bertarikh 18 Jun, 1990 memaklumkan “YAB Menteri (Dr Mahathir) telah bersetuju meluluskan permohonan tuan untuk menerbitkan akahbar HARAKAH dua kali seminggu”.   

Mengikut catatan Dr Bakhtin, seorang pengajar komuniksi di sebuah IPTA tempatan dalam makalah, “2 Dekad terajui perubahan” yang diterbitkan pada Jun, 2007 menyebut, “Apabila permit penerbitan tamat pada bulan Februari 2000, Harakah hanya dibenarkan terbit dua kali sebulan. Dahulunya Harakah muncul Sembilan kali setiap bulan.

“satu hal yang menarik tentang Harakah ialah keupayaannya bergerak secara kreatif dalam ruang sangkar yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri, pemberi permit akhbar di Malaysia. Apabila keluaran Harakah dihadkan oleh KDN, para petugas melihat ke dunia maya sebagai jalan keluar.

Harakahdaily dikembangkan walaupun ada pihak atasan PAS risau langkah demikian akan menyebabkan pembaca harakah menurun. Penerimaan PAS terhadap teknologi baru kemudiannya menunjukkan kemajuan luar biasa sehiungga memungkinkan Harakah menjadi akhbar unik. Bahan dimasukkan ke dalam PDF untuk dihantar kepda pencetak, kemudiannya bahan ini disebarkan oleh pekerja parti kepada lebih 10,000 isirumah”.

Program 30 tahun harakah (1987-2017)

Sebenarnya, tidak tahu bila tarikh sebenar kelahiran untuk disambut ulang tahun ke-30.  Tarikh ianya mendapat permit dari Kementerian dalam Negeri (KDN) adalah pada 1hb Mac, 1987. Tetapi keluaran pertama harakah adalah seminggu sebelum Muktamar 1987 diadakan.  Walau apapun tarikhnya, tahun 2017 ini adalah tahun sambutan 30 tahun Harakah.

Bila saya dilantik oleh Pengarah Urusan Harakah menjadi Penyelaras kepada program Sambutan 30 tahun Harakah (1987-2017) dalam keadaan Harakah yang terumbang ambing ini, secara jujurnya ianya amatlah mencabar dan sukar untuk dilaksanakan kerana kewangannya adalah lebih kepada untuk membiayai operasi Harakah sahaja. Program-program pembangunan dan apatah lagi program yang sifatnya sosial adalah terbatas dan terhad, malah hampir tiada pada masa-masa tertentu. Ini telah menjadi rahsia umum.   Harakah bukan lagi lubuk duit seperti sebelum ini.

Dalam keterbatasan yang ada, program men’ceria’kan 30 tahun harakah (1987-2017) tetap diadakan. Menjelang 1hb Mac, 2017, program mengecat semula kedua-dua bangunan Harakah Lot 22 dan 28 di jalan Pahang Barat telah dicat semula dengan warna korporat Harakah. Sebelum itu, unit Editorial telah mengambil alih 3 tingkat Lot 22, diatas Kedai Buku MyharakahBazaar untuk dijadikan pejabatnya untuk memenuhi tuntutan 30 tahun ke hadapan. Perpindahan ini dijadikan isu viral oleh sesetengah pihak yang tidak tahu hujung pangkalnya, yang lebih didalangi oleh motif politik, parti seteru PAS.

Mulai bulan Februari, 2017 juga, Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob melancarkan semula Bicara Harakah dengan kerjasama radio Internet Hijau.fm. Sempena Himpunan 355 yang dianjurkan oleh NGO-NGO Islam, sebanyak 6 siri Bicara Harakah@Hfm sempat diadakan. 3 siri sebelum H355 pada 18hb Februari, 2017 dan 3 siri lagi selepas tarikh tersebut melibatkan pelbagai pihak. Mengikut sasarannya, 30 siri Bicara Harakah@hfm akan diadakan pada tahun 2017 sebagai meraikan sambutan 30 tahun Harakah (1987-2017).

Pada 1hb Mac, 2017 juga Harakahdaily berwajah baru yang lebih mesra pengguna  mobile juga telah dilancarkan kepada warga maya. Serentak dengan pelancaran versi baru ini, satu halaman 30 tahun harakah juga dihubungkan kepada Harakahdaily yang akan dikendalikan oleh Unit Buku Harakah sebagai bahan awal untuk penerbitan e-book 30 tahun Harakah (1987-2017). Bila saya nyatakan e-book, ada permintaan untuk Harakah terbitkan edisi bercetak seperti 10 tahun Harakah (dalam bentuk akhbar) dan 20 tahun harakah (dalam bentuk makalah). Sama ada edisi bercetak e-book 30 Tahun Harakah ini diterbitkan atau tidak terpulang pada sokongan pembaca semua kepada Unit Buku Harakah (UBH).

Bagi menghargai pembaca buku, sempena sambutan 30 tahun ini, satu program telah diadakan oleh Myharakahbazaar.com dengan membayar 30 perataus harga buku sehingga stok masih ada. Segera layari myharakahbazaar.com. Bagi Kedai Buku myharakah pula, diadakan program pilih 6 buah buku, Cuma bayar RM 30 sahaja.

Selain itu, Penyelaras Sambutan 30 tahun harakah juga akan berusaha untuk mengunjungi 30 orang veteran PAS dan harakah yang pernah menaburkan bakti kepada PAS atau Harakah sebelum ini. Kunjungan pertama telah dibuat kepada mantan Pengerusi Tetap PAS selama 20 tahun (1993-2015) di kediamannya di Kodiang pada 10hb Mac lepas sempena kunjungan ke Kedah untuk mesyuarat Muktamar PAS.    

Sempena dengan Muktamar PAS kali ke63 di Kedah pada April nanti, Harakah juga akan berusaha untuk menemui seluruh peminat-peminat Harakah dengan mengadakan pameran 30 Tahun harakah (1987-2017). Harap ahli-ahli PAS yang masih berminat dengan Harakah dapat mengunjungi booth harakah di Muktamar nanti. Beberapa cabutan pengunjung bertuah ke 30, 300, 3000, 30,000 dan seterusnya akan menanti anda. Jangan lepaskan peluang anda untuk kunjungi booth pameran 30 tahun harakah.

Selain itu, bagi menhargai anak muda yang sentiasa bersama dengan Harakah sebelum ini, satu kejohanan Futsal 30 tahun Harakah (1987-2017) akan diadakan selepas muktamar nanati terhad kepada 30 pasukan sahaja. Tarikh kejohanan akan diumumkan selepas muktamar PAS nanti.