PRK Sg Kandis peluang rakyat nilai janji PH

Berita
Typography

KOTA BHARU: Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Selangor akan menjadi referendum kepada rakyat menilai segala janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, banyak isu boleh dibangkitkan pada PRK tersebut termasuk hasrat PH mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). (Foto: Pemimpin pelbagai parti politik bertemu pada jamuan raya Kemudi.)

Selain itu katanya, banyak lagi isu nasional lain dan isu tempatan yang menjadi buah mulut rakyat sekarang.

“Bagaimanapun PAS akan berbincang terlebih dahulu dengan pembangkang lain terutamanya BN sebelum mengambil keputusan untuk meletak calon.

“Perkara itu perlu diambil perhatian bagi memberi laluan hanya satu calon pembangkang sahaja akan bertanding menentang calon PH,” katanya ketika menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran Kelan Media Kelantan Darulnaim (Kemudi) kelmarin. - HARAKAHDAILY 16/7/2018