Petisyen Dun Tahan: PAS kemuka bantahan awal

Berita
Typography

TEMERLOH: Mahkamah Tinggi Temerloh menetapkan 5 Oktober depan tarikh perbicaraan bantahan awal PAS terhadap petisyen Barisan Nasional (BN) bagi Dun Tahan.

Peguam defendan Mohd Haris Abdullah berkata, sekiranya bantahan PAS diterima, kes itu tidak perlu lagi perbicarakan. (Foto: Peguam Haris Abdullah bersama  Mohd Zakhwan Ahmad Badardan.)

Sebaliknya kata beliau jika bantahan awal PAS ditolak perbicaraan penuh akan diadakan pada 8 hingga 25 Oktober depan.

“Ketetapan itu dibuat Hakim Dato’ Azizah Nawawi dalam kamarnya di Mahkamah Tinggi Temerloh pagi ini,” katanya di sini.

Pada petisyen itu Adun PAS Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badardan dinamakan sebagai responden pertama dan Pegawai Pengurus Pilihanraya, Tengku Nor Amaliza Ku Lah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masing-masing responden kedua dan ketiga.

Pada PRU 9 Mei lepas Mohd Zakhwan memenangi Dun Tahan dengan majoriti 69 undi mengalahkan calon BN, Dato’ Seri Wan Amizan Abd Razak dan Nordin Samat (Pakatan Harapan). - HARAKAHDAILY 16/7/2018