8 Adun PAS Pahang angkat sumpah

Berita
Typography

KUANTAN: Lapan wakil rakyat PAS hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Dato’ Ishak Muhamad.

Majlis pelantikan itu diadakan di Dewan Undangan Negeri dianggap paling bersejarah bagi PAS Pahang.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 PAS menang lapan kerusi daripada 42 kerusi Dun yang ditandingi.

Barisan Nasional kekal menguasai kerajaan Pahang dengan penguasaan 25 kerusi, manakala Pakatan Harapan menang di sembilan kerusi.

Adun Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abd Jabar mengetuai majlis angkat sumpah bagi Adun PAS kemudian diikuti Adun Beserah, Andansura Rabu.

Selain itu Ustaz Zuridan Md Daud (Damak), Mujiburrahman Ishak (Chenor), Ustaz Shahril Azman Abd Halim (Jengka), Mohd Tarmizi Yahaya (Panching), Mohd Zakhwan Ahmad Badardan (Tahan) dan Mohd Sofian Abd Jalil (Luit).

Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosli Ismail berkata dengan sempurnanya majlis angkat sumpah itu membolehkan Dun Pahang berfungsi sebagai Dewan Perundangan. - HARAKAHDAILY 2/7/2018

phh