Tahniah Exco, MP, Adun kutip sampah

Berita
Typography

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan tahniah kepada Exco Kerajaan Negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim dan Adun Bandar, Ahmad Shah Mohamed yang mengutip sampah dalam Program Tinjauan Cakna Kebersihan Pantai Lagun Kuala Ibai, semalam.

“Tahniah, Exco Kerajaan Negeri, YB Ust Wan Sukairi Wan Abdullah, MP Kuala Terengganu, YB Hj Amzad Hashim dan ADUN Bandar, YB Ahmad Shah Mohamed.

“Terengganu maju, berkat dan sejahtera tanpa sampah,” ujar Ahmad Samsuri menerusi laman Facebook.

Berikut ialah tulisan Wan Kamarudin Wan Ibrahim menerusi laman Facebook, semalam mengenai perkara itu.

Firstly, terima kasih banyak kpd semua yg memberikan sokongan dgn meninggalkan komen2 yg konstruktif.
Secondly, SHAME ON YOU kpd yg anggap isu kebersihan isu remeh.
Alhamdulillah, kurang sehari saya post keadaan sampah sarap termasuk lampin pakai buang yg bertaburan di Lagun Kuala Ibai, ia dipandang serius pihak2 berkaitan.
Dalam sejarah penglibatan saya dalam industri, kali pertama 3 YB sekali turun padang setelah sesuatu isu didedahkan.
Satu pencapaian yg sangat baik mengambil kira baru sebulan lebih pentadbiran baru mengambil kuasa pemerintahan negeri.
Syabas buat Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Hj Amzad, ADUN Wakaf Mempelam YB Ustaz Wan Sukairi dan ADUN Bandar Ustaz Mat Shah, dalam program yg sgt padat tapi sanggup mengutip sisa sampah yg bertaburan di Lagun Kuala Ibai.
Diharapkan usaha kecil ini membuka mata kepada semua anggota masyarakat untuk memelihara alam sekitar anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.
Tolong bawa plastik sampah dari rumah sekiranya anda mengunjungi public area yg susah nak cari tong sampah.
Saya suka komen Datin Rashidah Mohammad, kita doakan usaha mengutip sampah walaupun bukan sampah kita sebagai satu usaha yg diberikan ganjaran pahala oleh Allah swt yg sangat kita perlukan apabila kita berada di alam sana suatu hari nanti.
Terima kasih juga kepada semua rakan media lain yg sudi turun sekali.
Akhir sekali, terima kasih banyak buat anda semua. - HARAKAHDAILY 23/6/2018