KUIZM buka pengambilan Sesi Ogos 2018

Berita
Typography
GOMBAK: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar akan mengadakan pengambilan pelajar bagi pengajian sesi Ogos 2018.
 
Peluang tersebut terbuka kepada seluruh pelajar lepasan SPM, SMA, SMU, 4 Thanawi, lepasan tahfiz dan pondok untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma.
 
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) itu juga turut menawarkan Kursus Persediaan Ke IPT Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi sesiapa yang berminat.
 
KUIZM merupakan IPTS milik PAS yang diasaskan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dengan menawarkan pengajian Islam peringkat diploma dan persijilan. 
 
Kini KUIZM diketuai dan diurus tadbir oleh Rektor, Dr Mohd Zuhdi Marsuki serta didukung oleh ramai tenaga pengajar berpengalaman.
 
Antara program pengajian yang ditawarkan KUIZM adalah Diploma Muamalat dan Kewangan Islam, Diploma Dakwah dan Komunikasi serta kursus-kursus bahasa.
 
Pelajar-pelajar yang berminat boleh memohon secara atas talian atau mendapatkan borang permohonan di Pejabat Pendaftar KUIZM yang dibuka setiap hari bekerja.
 
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 'hotline' KUIZM di nombor 010-3565616 di mana tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Julai 2018. -HARAKAHDAILY 22/6/2018