Pemimpin Umno perlekeh perjuangan Islam

Berita
Typography

KUANTAN: Setiap parti mempunyai strategi tersendiri untuk menang dalam pilihan raya dengan mengetengahkan idelogi perjuangan yang berbeza.

Begitu juga PAS memilih perjuangan mendaulatkan Islam dengan menjadikan pilihan raya sebagai wahana bagi mencapai matlamat tersebut.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar berkata, sejarah perjuangan Islam ada jatuh bangunnya sejak zaman Nabi Muhammad SAW.

Katanya, hanya dengan kegigihan baginda dan sahabat menyebabkan Islam tersebar ke seluruh dunia.

“Namun malangnya ada orang Islam sendiri yang tidak yakin parti yang memperjuangkan Islam mempunyai masa depan cerah di Malaysia,” katanya di sini.

Baru-baru ini bekas Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz dilapor berkata, beliau tidak yakin parti yang berteras Islam mempunyai masa depan yang cerah di Malaysia berdasar keadaan sekarang.

Rosli yang juga Adun Tanjung Lumpur berkata, kenyataan yang diluah pemimpin Umno terbabit secara jelas menggambarkan parti itu tidak minat mahu mendaulatkan Islam di negara ini. - HARAKAHDAILY 21/6/2018