PAS serah calon Speaker Dun Kedah

Berita
Typography

ALOR SETAR: PAS menyerah nama calon bagi mengisi jawatan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah.

Senarai nama itu diserah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor yang juga Adun Jeneri, kelmarin.

Hadir sama di Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kedah ialah Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat.

Sanusi berkata, senarai nama itu diserah kepada pihak kerajaan memandangkan persidangan Dun Kedah akan berlangsung pada 4 Julai ini.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan PKR, DAP dan PAN memenangi 18 kerusi Dun.

Manakala PAS pula menang 15 daripada 36 kerusi yang ditandingi. BN pula menang 3 kerusi. Ini menjadikan kedudukan kerusi Dun setara iaitu 18 kerusi antara PH dan pembangkang. - HARAKAHDAILY 21/6/2018