Takziah buat ummah, rakyat Negeri Sembilan

Berita
Typography

PAS Negeri Sembilan melahirkan rasa sedih dan merakamkan setinggi takziah buat seluruh umat Islam dan rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus, khususnya buat keluarga Almarhum Dato' Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad, mantan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan yang disahkan kembali ke rahmatullah jam 2.30 petang tadi.

Almarhum merupakan tokoh ulamak dan ilmuwan Islam yang banyak menyumbang jasa terhadap pembangunan ummah di Negeri Sembilan ini.

Sepanjang memegang taklifan sebagai Mufti, Almarhum dilihat sebagai seorang yang bertoleransi dan bijak menangani isu dengan memberikan jalan penyelesaian yang wasatiyyah.

Dengan jasa sumbangan dan amalan yang dibekalkan dalam gerak kerja dakwah, pendidikan dan pembangunan rohani ini, mudah-mudahan ianya menjadi saham yang mengalir buat Almarhum, dan membuahkan hasil tunas Islam yang mekar di Tanah Beradat, Negeri Sembilan ini kelak. Amin.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum, dan menempatkannya dalam kalangan orang yang soleh, benar dan bertaqwa.

Al-Fatihah.

HAJI MUSTAFFA DAHARUN
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
Tarikh: 14 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 14/3/2017