JAM laksana Operasi CnC di Pmtg Pauh

Berita
Typography
PERMATANG PAUH: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Permatang Pauh telah mengadakan khidmat masyarakat melalui Operasi 'Clean and Clear' (CnC) di Kampung Tun Sardon, di sini kelmarin.
 
Operasi tersebut berikutan kejadian hujan lebat malam sebelumnya yang mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah, selain aliran air perparitan tersumbat hingga menyebabkan air cepat melimpah.
 
Usaha khidmat tersebut diketuai sendiri Komandan JAM Permatang Pauh, Ahmad Anuar dengan kekuatan anggota terlibat seramai 20 ahli bagi membantu tugas-tugas tersebut.
 
Selain kerja-kerja pencucian, mereka juga turut membantu membuang sampah sarap serta barangan rumah yang rosak akibat banjir kilat.
 
Turut serta membantu adalah Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Ir Ahmad Rafaie Dato' A Rashid dan Pengarah JAM Negeri Pulau Pinang, Mohd Baharin Ahmad serta penduduk setempat. -HARAKAHDAILY 1/6/2018